CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 224|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysia naib juara kumpulan B selepas tewas tipis kepada Jepun

[Copy link]
Post time 29-4-2026 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia naib juara kumpulan B selepas tewas tipis kepada Jepun

Syazwan Msar[email protected]





Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Soh Wooi Yik beraksi menentang pasangan Jepun, Takumi Nomira/Yuichi Shomogami dalam aksi Kumpulan B Piala Thomas dan Uber 2026 di Forum Horsens, hari ini. - Foto Bernama




Kuala Lumpur: Malaysia terpaksa berpuas hati sebagai naib juara Kumpulan B selepas tewas tipis 2-3 kepada Jepun dalam aksi terakhir kumpulan Piala Thomas di Forum Horsens, Denmark, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Jepun muncul juara Kumpulan B, manakala skuad negara tetap meneruskan cabaran ke suku akhir sebagai pasukan kedua terbaik kumpulan.

Malaysia bermula langkah kiri apabila perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang membuka tirai perlawanan tewas kepada Kodai Naraoka 11-21, 14-21 dalam tempoh 49 minit.

Namun, kem negara kembali bernyawa menerusi beregu lelaki, Aaron Chia dan Tee Kai Wun yang kali pertama digandingkan apabila bangkit menewaskan Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 16-21, 21-14, 21-19 dalam tempoh 50 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 sekali gus menghidupkan semula peluang skuad negara dalam pertemuan berkenaan.

Bagaimanapun, Jepun kembali mendahului 2-1 selepas perseorangan lelaki kedua negara, Justin Hoh gagal menyekat Yushi Tanaka apabila tewas 15-21, 12-21.

Harapan Malaysia untuk mengikat kedudukan tidak kesampaian apabila beregu kedua negara, Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani kecundang kepada Takumi Nomura-Yuichi Shimogami 21-14, 19-21, 19-21 sekali gus mengesahkan kemenangan Jepun 3-1.

Pertembungan terakhir menyaksikan perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah menundukkan Koki Watanabe 21-13, 21-19 dalam tempoh 41 minit.

Bagaimanapun, kemenangan Zii Jia hanya menjadi mata kedua Malaysia apabila skuad negara akhirnya akur tewas 2-3 kepada Jepun dan menamatkan saingan Kumpulan B sebagai naib juara.



Disiarkan pada: April 29, 2026 @ 9:33pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2026/04/1351973/malaysia-naib-juara-kumpulan-b-selepas-tewas-tipis-kepada-jepun




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.746288 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list