CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 230|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] TMJ 'dedah' cara kelab raih RM10 juta semusim

[Copy link]
Post time 29-4-2026 10:14 PM | Show all posts |Read mode
TMJ 'dedah' cara kelab raih RM10 juta semusim

Firdaus Hashim[email protected]





Kertas kerja yang dikongsi pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan matlamat mengembalikan bola sepak kepada rakyat.




Kuala Lumpur: Keuntungan RM7 juta hingga RM10 juta setiap pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) adalah solusi terbaik yang dicadangkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan matlamat mengembalikan bola sepak kepada rakyat.

Tunku Ismail yang hadir pada perbincangan meja bulat bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan 13 kelab tampil menyerahkan cadangan kertas kerja setebal lima muka surat kepada semua pemegang taruh mengenai pelan komprehensif bagi menangani kemelut kewangan menerusi cadangan pelaksanaan model bayar untuk tontonan (pay-per-view) yang dilihat mampu mengubah landskap komersial bola sepak tempatan.

Arena Metro yang berjaya mendapatkan salinan kertas kerja itu melihat penerangan dalam cadangan itu menegaskan model hak siaran semasa gagal menjana pendapatan mencukupi untuk membantu kelab berkembang secara mampan.

Dalam masa sama, kos operasi kelab pula terus meningkat setiap musim, namun jumlah agihan yang diterima masih rendah dan tidak cukup untuk merangsang pelaburan jangka panjang, malah penyokong juga dilihat semakin terpisah daripada bagaimana sokongan mereka sebenarnya menyumbang kepada kewangan kelab.

Sehubungan itu, Tunku Ismail menggariskan solusi utama menerusi konsep 'mengembalikan bola sepak kepada rakyat' dengan memperkenalkan platform langganan terus kepada penyokong yang mahu menonton aksi Liga M.

Menerusi model itu, MFL akan membangunkan platform digital sendiri di mana penyokong melanggan untuk menonton perlawanan, sekali gus mewujudkan hubungan langsung antara sokongan peminat dan sumber kewangan liga serta kelab.

Berdasarkan unjuran dikemukakan, model itu berpotensi menjana sehingga RM180 juta setahun menerusi sasaran satu juta pelanggan dengan bayaran RM15 sebulan, sebelum ditolak kos operasi termasuk produksi, platform, VAR dan pemasaran sekitar 30 peratus serta peruntukan pengadil profesional.

Daripada jumlah itu, dianggarkan RM120 juta boleh diagihkan kepada kelab dengan setiap pasukan menerima sekurang-kurangnya RM5 juta secara tetap, selain tambahan berdasarkan prestasi, pembangunan infrastruktur, akademi dan pencapaian komersial.

Secara keseluruhan, model berkenaan dilihat mampu memberikan pulangan sekitar RM7 juta hingga RM10 juta semusim kepada setiap kelab bergantung kepada jumlah langganan penyokong, sekali gus menjadi nafas baharu dalam usaha memperkukuh kewangan dan daya saing Liga M.



Disiarkan pada: April 29, 2026 @ 9:48pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2026/04/1351978/tmj-dedah-cara-kelab-raih-rm10-juta-semusim




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060009 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list