CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Tidak masuk akal kalah dengan Perancis - Peminat badminton Indonesia

[Copy link]
Post time 29-4-2026 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Tidak masuk akal kalah dengan Perancis - Peminat badminton Indonesia

Oleh Faizal Salim - April 29, 2026 @ 3:10pm





Aksi beregu Indonesia Fajar Alfian-Nikolaus Joaquin menentang Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul pada aksi Kumpulan D Piala Thomas, 21 April lalu. - BERNAMA



KUALA LUMPUR: Peminat badminton Indonesia meluahkan kesedihan, rasa tidak percaya dan melakukan sindiran pedas di media sosial selepas pasukan mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-4 kepada Perancis dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Thomas di Forum Horsens, Denmark, awal pagi tadi.

Ia kali pertama juara 14 kali itu gagal melepasi peringkat kumpulan sejak kejohanan berprestij berpasukan lelaki tersebut diperkenalkan pada 1949.

Indonesia sebelum ini menewaskan Algeria 5-0 dan Thailand 3-2.

Namun mereka tersingkir menerusi perbezaan perlawanan selepas Thailand dan Perancis mara ke suku akhir apabila ketiga-tiga pasukan menamatkan saingan dengan dua kemenangan.

Keputusan mengejutkan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong Indonesia, dengan ramai sukar menerima hakikat sebuah negara yang dianggap kuasa tradisi badminton boleh ditewaskan pasukan Perancis yang bukan pilihan.

Seorang peminat berkata keputusan itu terasa tidak masuk akal sebaik bangun tidur dan membaca berita tersebut.

"Saya baru bangun tidur, masih mamai, saya sangka keputusan Indonesia menang 4-1 ke atas Perancis, rupanya terbalik," tulisnya.

"Buat kali pertama pasukan badminton Indonesia gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Thomas.

Walaupun menang 3-2 ke atas Thailand, akhirnya Thailand pula muncul juara kumpulan.

Inilah realiti yang sangat menyedihkan."

Seorang lagi peminat meluahkan rasa sukar percaya kerana kekalahan itu berlaku kepada pasukan Perancis.

"Indonesia kalah kepada Perancis dalam badminton, ini memang keterlaluan," tulis penyokong itu.

Suasana kemudian bertukar daripada sedih kepada kecewa, dengan ada yang mempersoalkan hala tuju sukan itu di Indonesia walaupun Kementerian Belia dan Sukan negara itu mempunyai legenda badminton Taufik Hidayat sebagai timbalan menteri.

"Kementerian Belia dan Sukan yang dipenuhi legenda Piala Thomas masih gagal mengembalikan kegemilangan badminton seperti era emas dulu," tulis seorang pengguna.

"Masa depan sukan yang sekian lama menjadi kebanggaan kami kini nampak begitu suram."

Ada juga yang menggunakan humor sinis dengan mengaitkan kemerosotan itu dengan nasib bola sepak Indonesia serta kemungkinan tewas dalam sukan lain pula.

"Dalam bola sepak kalah, dalam badminton pun kalah.

Lepas ini jangan terkejut kalau pencak silat pun kalah kepada Perancis," tulis seorang lagi peminat berseloroh.

Kekalahan kepada Perancis menyaksikan pemain nombor empat dunia Christo Popov menewaskan Jonatan Christie 21-19, 21-14 dalam perseorangan pertama.

Kemudian Alex Lanier menundukkan Alwi Farhan 21-16, 21-19, sebelum Toma Junior Popov menewaskan Anthony Ginting 20-22, 21-15, 22-20 untuk mengesahkan kemenangan.

Perancis turut mengejutkan Indonesia dalam beregu lelaki apabila Eloi Adam-Leo Rossi menewaskan Moh Reza Pahlevi Isfahani-Sabar Karyaman Gutama 21-19, 21-19.

Mata tunggal Indonesia hadir menerusi kemenangan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri ke atas adik-beradik Popov 21-18, 19-21, 21-11.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/04/1539898/tidak-masuk-akal-kalah-dengan-perancis-peminat-badminton-indonesia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.053477 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list