CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 266|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysia ke suku akhir Piala Uber, tamat penantian 16 tahun

[Copy link]
Post time 26-4-2026 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia ke suku akhir Piala Uber, tamat penantian 16 tahun

Helmi Talkah - April 26, 2026 @ 9:35pm





Aksi pemain perseorangan wanita negara, K Letshaa ketika menentang wakil Afrika Selatan, Johanita Scholtz dalam saingan kedua Piala Uber, hari ini. Foto: BERNAMA



KUALA LUMPUR: Skuad badminton wanita negara menamatkan penantian 16 tahun apabila mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Uber 2026 selepas membelasah Afrika Selatan 5-0 dalam aksi Kumpulan B di Forum Horsens, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia yang menewaskan Turkiye 3-2 dalam aksi pembukaan semalam, mara ke kelompok lapan terbaik buat kali pertama sejak edisi 2010 di Kuala Lumpur.

Perseorangan utama, K Letshanaa tidak berdepan masalah untuk menghadiahkan mata pertama selepas menundukkan Johanita Scholtz 21-6, 21-10 dalam tempoh 22 minit.

Menurut Letshanaa, fokus utama pasukan adalah membina keyakinan dan mendapatkan rentak terbaik menjelang aksi terakhir kumpulan menentang juara enam kali, Jepun, esok.

"Kami mahu mendapatkan keyakinan dan pada masa sama kekal fokus dari awal kerana kami tidak boleh mengambil mudah mana-mana perlawanan.

"Kemenangan ini memberi keyakinan untuk dibawa ke perlawanan menentang Jepun dan saya juga berpuas hati dapat mengekalkan fokus sejak mata pertama," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Tambahnya, dia semakin selesa dengan keadaan gelanggang selepas dua perlawanan dilalui.

"Selepas dua perlawanan, saya semakin menyesuaikan diri dengan keadaan angin, kelajuan bulu tangkis dan persekitaran gelanggang," katanya.

Wong Ling Ching kemudian menebus kekecewaan aksi pertama apabila menyumbang mata kedua dengan kemenangan 21-8, 21-4 ke atas Chloe Lai.

Malaysia mengesahkan kemenangan awal menerusi perseorangan ketiga, Siti Zulaikha Muhammad Azmi yang menewaskan Elme De Villiers 21-11, 21-5.

Beregu muda negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting menambah mata keempat selepas menewaskan Johanita Scholtz-Amy Ackerman 21-16, 21-14.

Pasangan Chong Jie Yu-Low Zi Yu melengkapkan kemenangan bergaya apabila mengatasi Elme De Villiers-Anri Schoonees 21-12, 21-5.

Kejayaan itu menyamai pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Piala Uber dengan mara ke suku akhir buat kali ketiga selepas edisi 2004, 2008 dan 2010.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/04/1538591/malaysia-ke-suku-akhir-piala-uber-tamat-penantian-16-tahun





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.035601 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list