CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 290|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Piala Uber: Turkiye buat Malaysia 'berpeluh'

[Copy link]
Post time 25-4-2026 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Piala Uber: Turkiye buat Malaysia 'berpeluh'


Helmi Talkah - April 25, 2026 @ 8:07pm




Pemain beregu wanita negara, M Thinaah dan Ong Xin Yee, beraksi menentang pasangan Turkiye, Bengisu Ercetin dan Nazlican Inci, dalam aksi Kumpulan B Piala Uber di Forum Horsens, hari ini. Foto: BERNAMA



KUALA LUMPUR: Skuad badminton wanita negara hampir dikejutkan sebelum melakar kemenangan 3-2 ke atas Turkiye dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Uber 2026 di Forum Horsens, sebentar tadi.

Malaysia bermula cemerlang apabila perseorangan utama, K Letshanaa menghadiahkan mata pertama selepas menewaskan pemenang pingat gangsa Kejohanan Eropah, Neslihan Arin 21-16, 13-21, 21-13 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawannya itu.

Namun, kedudukan kembali terikat 1-1 apabila perseorangan kedua, Wong Ling Ching yang menghuni ranking ke-38 dunia dikejutkan dengan kekalahan kepada pemain ranking ke-78 dunia, Ozge Bayrak 17-21, 21-15, 18-21.

Malaysia kembali di depan menerusi perseorangan ketiga, Goh Jin Wei yang menampilkan aksi meyakinkan untuk menundukkan Zehra Erdem 21-14, 21-13.

Bagaimanapun, harapan untuk memastikan kemenangan awal tidak kesampaian apabila beregu pertama, Ong Xin Yee-M Thinaah tewas kepada naib juara Eropah, Bengisu Ercetin-Nazlican Inci.

Selepas memenangi set pertama 22-20, Xin Yee-Thinaah dilihat berada di landasan tepat untuk meraih kemenangan straight set apabila mendahului 16-10 di set kedua, namun gagal mempertahankan kelebihan itu sebelum tewas 19-21.




beregu muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan muncul wira apabila menyumbang mata kemenangan dengan menewaskan Yasemen Bektas-Zehra Erdem 21-18, 21-19. Foto: BAM



Set penentuan menyaksikan gandingan Turkiye mendahului 16-9 sebelum pasangan negara bangkit mengikat kedudukan 18-18, namun lawan lebih tenang menutup perlawanan dengan kemenangan 21-19.

Thinaah mengakui mereka sedikit kecewa dengan persembahan sendiri meskipun sudah menjangkakan tentangan sengit daripada lawan.

"Kami tahu mereka lawan yang kuat dan baru beraksi di final Kejohanan Eropah.

Kami agak bersedia, tetapi mereka berjaya memberi tekanan dan kami sedikit mengikut corak permainan mereka," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, Xin Yee mengakui berdepan tekanan tinggi ketika perlawanan sehingga melakukan beberapa kesilapan mudah.

"Saya rasa agak gementar bila lawan beri tekanan dan itu menyebabkan saya melakukan kesilapan," katanya.

Dalam situasi getir, beregu muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan muncul wira apabila menyumbang mata kemenangan dengan menewaskan Yasemen Bektas-Zehra Erdem 21-18, 21-19.

Malaysia dijadualkan menentang Afrika Selatan dalam aksi kedua kumpulan, esok.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/04/1538185/piala-uber-turkiye-buat-malaysia-berpeluh






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 08:39 PM GMT+8 , Processed in 1.373438 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list