CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Azizulhasni sambar emas keirin, tewaskan Lavreysen

[Copy link]
Post time 25-4-2026 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Azizulhasni sambar emas keirin, tewaskan Lavreysen



Helmi Talkah - April 25, 2026 @ 8:52pm





Reaksi pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas berjaya menjuarai acara keirin pada Kejohanan Piala Dunia trek UCI di Velodrom Nasional, Nilai. Foto: NSTP



NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang melakar kejayaan bermakna di laman sendiri apabila muncul juara acara keirin pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional di sini, sebentar tadi.

Di hadapan ribuan penyokong tempatan, Azizulhasni mempamerkan kayuhan penuh taktikal apabila berjaya melepaskan diri daripada kepungan pelumba lain sebelum melakukan henjutan bertenaga di penghujung perlumbaan untuk melintasi garisan penamat sebagai pemenang.

Pelumba berusia 38 tahun yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu menewaskan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba Trinidad & Tobago, Nicolas Paul melengkapkan kedudukan podium.

Kejayaan itu menjadi kemenangan kedua Azizulhasni dalam siri Piala Dunia musim ini selepas turut menjuarai saingan pembukaan di Perth, Australia pada Mac lalu.

Lebih manis, kejayaan di Nilai itu hadir dengan nilai sentimental tersendiri apabila ia berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya di laman sendiri dalam kejohanan antarabangsa.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1538200/azizulhasni-sambar-emas-keirin-tewaskan-lavreysen





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.036461 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list