CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 279|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Azizulhasni tepati ramalan, mara final keirin

[Copy link]
Post time 25-4-2026 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Azizulhasni tepati ramalan, mara final keirin

Helmi Talkah - April 25, 2026 @ 6:55pm





Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang (kiri) ketika beraksi dalam saingan separuh akhir acara keirin pada Kejohanan Piala Dunia trek UCI di Velodrom Nasional, Nilai. Foto: NSTP



NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke final acara keirin pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional Malaysia, sebentar tadi.

Pada perlumbaan separuh akhir pertama, Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan taktikal apabila bermula secara berhati-hati sebelum melakukan henjutan padu pada dua pusingan terakhir untuk menjuarai perlumbaan.

Pelumba Trinidad & Tobago, Nicolas Paul menamatkan saingan di tempat kedua manakala Henric Hackmann turut mengiringi Azizulhasni ke pentas final selepas menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, separuh akhir kedua menyaksikan kejutan apabila pelumba Jepun, Minato Nakaishi muncul pemenang dengan menewaskan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen yang sekadar di tempat kedua.

Pelumba Perancis, Rayan Helal melengkapkan kedudukan tiga terbaik untuk turut mara ke final.

Aksi final keirin dijadual berlangsung pada jam 8.21 malam ini.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1538162/azizulhasni-tepati-ramalan-mara-final-keirin





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.096776 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list