CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Marc Marquez sambar petak utama di Jerez

[Copy link]
Post time 25-4-2026 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Marc Marquez sambar petak utama di Jerez

AFP - April 25, 2026 @ 6:50pm





Pelumba Ducati Lenovo Team, Marc Marquez ketika sesi latihan GP Sepanyol di Litar Jerez. Foto: AFP



JEREZ DE LA FRONTERA: Pelumba tuan rumah, Marc Marquez meraih petak utama pada perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol selepas tampil cemerlang dalam sesi kelayakan yang berlangsung dalam keadaan litar basah, hari ini.

Marc mencatat masa terpantas 1 minit 48.087 saat (s) untuk mengetepikan pelumba Honda, Johann Zarco dengan kelebihan 0.140s manakala Fabio Di Giannantonio melengkapkan kedudukan tiga terbaik, lebih satu saat di belakang.

Adik Marc, Alex yang sebelum ini mencatat masa terpantas dalam sesi latihan semalam, gagal mengulangi prestasi sama apabila terbabit kemalangan di selekoh sembilan namun masih mampu menamatkan sesi di tempat kelima.

Pelumba Sepanyol itu akan memulakan perlumbaan di barisan kedua bersama pendahulu keseluruhan dari pasukan Aprilia Racing, Marco Bezzecchi serta pelumba KTM, Pedro Acosta.

"Dalam keadaan kering semalam, Alex dilihat selangkah di hadapan namun dalam keadaan basah, saya lebih selesa kerana ia memerlukan kawalan dan tunggangan yang lebih baik," kata Marc.

Ini adalah petak utama pertama diraih Marc sejak perlumbaan di Hungary pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, beberapa pelumba lain turut berdepan kesukaran dalam keadaan mencabar itu apabila Jorge Martin dan Fermin Aldeguer turut terbabit kemalangan manakala Franco Morbidelli serta Jack Miller mengalami nasib sama lebih awal dalam sesi Kelayakan Pertama (Q1).


https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/04/1538154/marc-marquez-sambar-petak-utama-di-jerez





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053909 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list