CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 287|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Juara dunia sekat kemaraan Nurul Izzah

[Copy link]
Post time 25-4-2026 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Juara dunia sekat kemaraan Nurul Izzah

Oleh Helmi Talkah - April 25, 2026 @ 4:24pm



Pelumba berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri ketika aksi suku akhir pecut wanita menentang pelumba dari Belanda Hetty van de Wouw di Velodrom Nasional hari ini. - BERNAMA



NILAI: Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tetap berpuas hati dengan pencapaiannya biarpun langkahnya dalam acara pecut individu wanita terhenti di peringkat suku akhir pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional di sini, hari ini.

Pelumba berusia 23 tahun itu mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 10.541 saat (s), sekali gus memperbaharui rekod lamanya 10.578s yang dilakukan pada Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye, Mac tahun lalu.

Lebih membanggakan, catatan itu menamatkan penantian 13 bulan untuk memperbaharui rekod peribadi (PB), sekali gus menyuntik keyakinan baharu buatnya.

Meskipun tewas kepada juara dunia dari Belanda, Hetty van de Wouw di suku akhir, Izzah menyifatkan pengalaman itu sebagai pembelajaran paling berharga dalam kariernya.

"Ini antara pencapaian terbesar dalam karier saya.

Saya berjaya pecahkan rekod kebangsaan dan berada dalam kelompok tujuh terbaik dunia.

"Walaupun berdepan juara dunia, ia memberi pengajaran besar terutama dari segi taktikal dan kelajuan.

Saya juga kini lebih yakin selepas konsisten mencatat masa bawah 11 saat," katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.

Mengulas lanjut, Izzah berkata peningkatan prestasinya turut dipengaruhi keyakinan diri hasil penyertaan dalam beberapa kejohanan antarabangsa sebelum ini.

Menurutnya, aksi di Perth, Kejohanan Berbasikal Asia serta Hong Kong banyak membantu meningkatkan tahap keyakinannya untuk kembali bersaing di peringkat tertinggi.

"Bagi saya, perkara paling penting ialah keyakinan.

Bila kita percaya dengan kemampuan sendiri, kita mampu tampil lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Izzah bertekad untuk tampil lebih agresif dan berani dari sudut taktikal menjelang acara keirin, esok.

Katanya, pengalaman lalu terutama di Hong Kong dan Perth membuka matanya bahawa kesilapan kecil di pentas dunia boleh mengundang padah.

"Untuk keirin esok, saya mahu lebih berani.

Di peringkat ini, satu kesilapan kecil pun boleh menyebabkan kita tersingkir.

"Sebelum ini saya terlalu bermain selamat dan kurang berani apabila dicabar rapat oleh lawan," katanya.

Izzah turut menegaskan aspek taktikal dan pemilihan posisi perlu dipertingkatkan kerana setiap pergerakan lawan perlu dibaca dengan pantas bagi mengelakkan pembaziran tenaga.

"Setiap kali ada pergerakan daripada pelumba lain, saya perlu lebih peka dan segera bertindak. Itu antara perkara yang perlu saya perbaiki," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1538115/juara-dunia-sekat-kemaraan-nurul-izzah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.053542 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list