CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Kita boleh menang tetapi usah perlekeh England - James

[Copy link]
Post time 23-4-2026 11:41 PM | Show all posts |Read mode
Kita boleh menang tetapi usah perlekeh England - James

Oleh Alief Iqbal Saidin - April 23, 2026 @ 4:31pm





Skuad Piala Thomas dan Uber negara sebelum berlepas ke Denmark.



KUALA LUMPUR: Di atas kertas, skuad Piala Thomas negara dilihat memiliki kelebihan, namun cabaran menentang England pada aksi pembukaan Kumpulan B di Horsens, Denmark Sabtu ini tidak boleh dipandang mudah.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk James Selvaraj menegaskan skuad negara perlu berhati-hati meskipun dijangka mampu mencatat kemenangan.

"Lawan England kita boleh menang, tapi tidak boleh pandang rendah.

Perseorangan mereka boleh bermain, beregu pun tidak boleh dipandang mudah," katanya.

Menurutnya, kekuatan utama Malaysia masih terletak pada sektor beregu, namun prestasi semasa perseorangan yang kurang konsisten menimbulkan sedikit kebimbangan menjelang pertemuan itu.

Bagaimanapun, beliau optimis faktor semangat berpasukan mampu menjadi pemangkin buat Malaysia untuk mempamerkan aksi lebih meyakinkan.

"Bila beraksi dalam kejohanan berpasukan, Malaysia biasanya bermain lebih baik.

Saya harap mereka boleh bergabung dan bermain sebagai satu pasukan," katanya.

Dari sudut analisis, Malaysia dilihat memiliki kelebihan dengan Leong Jun Hao mempunyai rekod kemenangan ke atas pemain England, Cholan Kayan.

Jun Hao yang menduduki ranking 25 dunia pernah menewaskan pemain yang menduduki ranking 153 dunia itu dalam satu-satunya pertemuan mereka pada peringkat kumpulan Piala Thomas 2022.

Ketiadaan beregu utama England, Ben Lane-Sean Vendy yang berada dalam kelompok 12 terbaik dunia turut memberi kelebihan besar kepada kem negara.

Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga pernah menewaskan wakil England, Rory Easton-Zach Russ dalam Piala Thomas 2022, sekali gus meningkatkan keyakinan mengulangi pencapaian itu.

Namun untuk edisi ini Rory Easton tidak disenaraikan dan Zach Russ dijangka berpasangan dengan Alex Green.

Pada edisi 2022, Malaysia mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas England, dengan Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta barisan pemain lain menyapu bersih semua perlawanan.

Namun, James mengingatkan rekod lampau tidak menjamin keputusan sama, sebaliknya fokus dan disiplin perlu menjadi keutamaan dalam setiap perlawanan.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/04/1537330/kita-boleh-menang-tetapi-usah-perlekeh-england-james





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.848793 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list