CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Utusan khas Trump cadang Itali ganti Iran di Piala Dunia 2026

[Copy link]
Post time 23-4-2026 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 23-4-2026 09:05 PM

Utusan khas Trump cadang Itali ganti Iran di Piala Dunia 2026

REUTERS - April 23, 2026 @ 6:42am







Paolo Zampolli berkata Itali wajar dipertimbangkan berdasarkan rekod empat gelaran dunia dimiliki pasukan itu. - Foto AFP


























WASHINGTON: Utusan khas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan mencadangkan kepada FIFA supaya Itali menggantikan Iran di Piala Dunia 2026.

Cadangan itu dikemukakan oleh Paolo Zampolli, yang menyatakan ia turut bertujuan memperbaiki hubungan antara Trump dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Zampolli yang dilahirkan di Milan berkata Itali wajar dipertimbangkan berdasarkan rekod empat gelaran dunia dimiliki pasukan itu.

Bagaimanapun, tiada maklum balas rasmi setakat ini daripada pihak Rumah Putih, FIFA, Persekutuan Bola Sepak Itali mahupun Persekutuan Bola Sepak Iran.






Itali tidak layak ke Piala Dunia selepas tewas kepada Bosnia dan Herzegovina menerusi penentuan penalti dalam aksi play-off kelayakan. - Foto REUTERS








Itali sebelum ini gagal layak ke Piala Dunia selepas tewas kepada Bosnia dan Herzegovina menerusi penentuan penalti dalam aksi play-off kelayakan.

Sementara itu, Iran dilaporkan bersedia menyertai kejohanan berkenaan, namun masih menunggu keputusan FIFA berhubung cadangan memindahkan perlawanan mereka dari Amerika Syarikat ke Mexico.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan perubahan luar biasa terhadap penyertaan pasukan dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/04/1537077/utusan-khas-trump-cadang-itali-ganti-iran-di-piala-dunia-2026





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.339578 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list