CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] ACLE: AFC denda JDT RM27,700

[Copy link]
Post time 22-4-2026 12:09 PM | Show all posts |Read mode
ACLE: AFC denda JDT RM27,700

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
22 April 2026 08:29am






JDT dikenakan denda RM27,700 oleh AFC. FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS






JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dikenakan denda sebanyak AS$7,000 (RM27,700) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan kesalahan dilakukan pasukan itu dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Al Ahli pada Jumaat lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC selepas tujuh kad kuning dilayangkan kepada pasukan itu oleh pengadil perlawanan sepanjang tempoh permainan.


"JDT diarahkan membayar denda sebanyak AS$7,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Artikel 53.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC yang dibaca bersama Artikel 3.1 Pekeliling Tatatertib Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/26," kata AFC.

Mengikut laporan perlawanan, seramai tujuh individu termasuk pemain atau pegawai pasukan telah dilayangkan kad atau dikenakan amaran yang secara automatik mencetuskan pelanggaran peraturan di bawah artikel berkaitan.


Dalam pada itu, AFC turut menetapkan bahawa denda tersebut mestilah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan itu dikeluarkan.

Arahan itu selaras dengan Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC yang mewajibkan setiap pasukan mematuhi tempoh pembayaran yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan lanjut.

Dalam perlawanan itu, JDT tidak bernasib baik apabila tewas kepada Al Ahli 1-2 sekali gus menyaksikan impian Harimau Selatan untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian.

https://www.sinarharian.com.my/article/776746/berita/sukan/acle-afc-denda-jdt-rm27700


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.120462 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list