CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 209|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Kuching City lakar sejarah, mara ke final Piala Malaysia

[Copy link]
Post time 18-4-2026 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Kuching City lakar sejarah, mara ke final Piala Malaysia

Ezra Kamilea[email protected]





PEMAIN Kuching City berjaya melangkah ke final selepas mengejutkan Selangor. FOTO EZRA KAMILEA




Kuching: Kuching City FC mencipta sejarah apabila mara ke final Piala Malaysia dengan kelebihan agregat 2-1 ke atas Selangor FC sebaik tamat aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, malam ini.

Selepas terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium MBPJ, tuan rumah tampil lebih agresif dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-30.

Kapten pasukan, Petrus Shitembi mencuri tumpuan apabila meledak rembatan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol pelawat, sekali gus meletakkan Kuching City di depan agregat 2-1.

Babak kedua menyaksikan 'Gergasi Merah' berdepan detik sukar apabila pertahanan mereka, Muhammad Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan dia melakukan kesalahan menghalang peluang jaringan.

Tekanan terus memuncak apabila Mukhairi Ajmal Mahadi turut diperintah keluar padang susulan terjahan keras, memaksa pelawat beraksi dengan hanya sembilan pemain.

Kelebihan dua pemain memberi ruang buat Kuching City menguasai permainan, namun gagal menambah jaringan hingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan skuad The Cats layak ke final berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).



Disiarkan pada: April 18, 2026 @ 10:40pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2026/04/1347619/kuching-city-lakar-sejarah-mara-ke-final-piala-malaysia




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.045849 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list