CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 1

Penganggur yang baru dibebaskan penjara tunjuk kemaluan kepada seorang wanita, kena penjara dua bulan

[Copy link]
Post time 17-4-2026 03:58 PM | Show all posts |Read mode




KLANG: Seorang penganggur dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, Ahad lalu.

Majistret A Karthiyayini memerintahkan Muhammad Rakis Abdul Lama, 38, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap 14 April lalu.

Lelaki itu yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 21 tahun dengan menunjukkan kemaluan kepada mangsa di sebuah kediaman di kawasan Teluk Pulai, Klang, kira-kira jam 11 malam 12 April lalu.

Mengikut fakta kes, Muhammad Rakis ketika berada di ruang tamu rumah berkenaan memerhatikan mangsa dan kemudian baring secara mengiring menghadap wanita berkenaan sebelum mengeluarkan kemaluannya dan menunjukkan kepada mangsa.

Wanita berkenaan kemudian menjerit dan memanggil abang iparnya yang berada di bilik tingkat atas untuk meminta pertolongan.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2026 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
'keras' hidup kt luar...kt 'dalam ni'... segalanya dipermudahkan.????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.099673 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list