Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287443   




ISTERI kepada pelakon Zahiril Adzim iaitu Shera Aiyob tidak pernah meletakkan sebarang sekatan untuk suaminya itu bekerjasama dengan mana-mana aktres meskipun rakan gandingan itu pernah terpalit isu panas.

Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, menjelaskan kepercayaan merupakan kunci utama keharmonian hubungan rumah tangga mereka, selain bersikap profesional dalam urusan kerjaya.

"Saya tidak pernah menolak untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita. Sebagai pengurus, isteri saya akan bertanya sama ada saya selesa atau tidak untuk berlakon dengan gandingan tersebut dan selalunya jawapan saya adalah okey.

"Isteri saya bukan seorang yang cerewet, cuma dia sering mengingatkan supaya saya sentiasa berhati-hati dan menjaga diri ketika berada di set penggambaran," katanya kepada mStar.

Zahiril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Isteri Ke-2 yang diadakan di Balai Berita Media Prima, Bangsar pada Selasa.

Malah kata Zahiril, dia tidak pernah menolak tawaran disebabkan faktor individu, sebaliknya lebih selesa memberikan fokus kepada naskhah dan watak yang diberikan.

"Setakat ini, seingat saya, saya belum pernah bergandingan dengan pelakon yang berkontroversi. Namun, jika ada yang pernah terpalit isu dan saya tidak mengetahuinya, itu di luar pengetahuan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Zahiril turut meluahkan rasa rindu untuk kembali berkongsi skrin dengan aktor senior, Zamarul Hisham.

Jelasnya, kualiti lakonan dan keserasian yang pernah dibina sebelum ini membuatkan dia berharap agar ada pihak produksi dapat menggabungkan mereka semula dalam sebuah karya berkualiti.

"Saya memang teringin untuk berlakon semula dengan abang Zamarul Hisham. Kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi sudah lama tidak berada dalam naskhah yang sama.

"erasaan itu datang secara tiba-tiba. Setakat ini belum ada rezeki, namun kalau terserempak di luar, kami ada juga berborak dan berkata seronoknya kalau dapat berlakon bersama lagi," ujarnya.

Selain Zahiril, drama Isteri Ke-2 yang bakal menemui penonton di TV3 dan platform Tonton turut menampilkan Azira Shafinaz dan Baizura Kahar.


Sumber: mStar
822 Views
3 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


nordin84 Lv.11 2#

Highlander | Credits 9154   
bagus heshe ni..dgn peah je da berkali2 bergandingan..helok je xde ckp manja kecm wemy bangla atau terjatuh cinta mcm lipjis...

Lily_Elizabeth_ Lv.9 3#

Adventurer | Credits 4940   
peach Tak berapa in to it dgn dia ni kut.
Peah tu cam suka dgn lelaki tinggi Dan ada rupa lelaki macho.
Dia ni cool.je tapi tak lah kebabomm cam lipajis Dan bamwemy kan?.

anony-mous Lv.18 4#

Master | Credits 72012   
Quote: Lily_Elizabeth_ replied at 19-4-2026 08:10 AM
peach Tak berapa in to it dgn dia ni kut.
Peah tu cam suka dgn lelaki tinggi Dan ada rupa lelaki mac ...

ZA ni biasa2 je di mata iols. X rasa selera pon apatah lg peah. Wife dia pon lawa comel, tp mmg nmpk laki yg baik dia ni

All contents are displayed