Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





MULA berjinak-jinak dalam dunia lakonan, anak kepada Datuk Awie iaitu Putri Aleeya Antasha menegaskan dia tidak menggunakan populariti bapanya untuk menceburi bidang seni.

Putri, 26, berkata dia tetap melalui proses yang sama seperti pelakon lain termasuk menghadiri sesi uji bakat, meskipun ada tawaran datang daripada kenalan bapanya.

Tegasnya, tidak semua perkara boleh diperoleh dengan cara 'kabel' atau orang dalam tertutama dalam lakonan.

“Mungkin ada rezeki di situ, tapi saya boleh cakap kami juga melalui proses yang sama. Saya masih pergi casting walaupun tawaran itu datang daripada rakan daddy saya.

“Bukanlah orang tawarkan satu karakter, saya terus dapat. Mereka tetap akan tengok macam mana saya berlakon kerana saya masih baharu dan belum pernah muncul di mana-mana televisyen.

“Kalau saya kayu atau ‘hauk’, tentu tiada orang nak ambil. Jadi nak cakap saya guna kabel, bagi saya tak semuanya boleh guna kabel,” katanya kepada mStar.





Putri berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan bersama watch party Dorm 403 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Putri memberitahu bapanya sentiasa menasihati agar mengutamakan tiga perkara penting sekiranya mahu kekal relevan dalam industri.

Dia juga mengakui berasa sedikit gerun membawa nama besar bapanya kerana bimbang dengan persepsi orang ramai.

“Sebagai anak saya tahu daddy sangat pentingkan adab, cara bawa diri dan disiplin. Perkara kecil macam itu pun daddy sangat titik beratkan sebab kita bekerja dengan orang.

“Perkara itu perlu dijaga kalau nak kekal lama dalam industri atau di mana-mana tempat kerja, tiga perkara itu memang kena ada,” kongsinya.

Sementara itu, Putri pertama kali membuat kemuculan di drama bersiri 13 episod yang berjudul Dorm 403 yang bersiaran di TV3 bermula 16 April ini.

Dorm 403 mengishkan tentang  kehidupan para pelajar di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh yang digemparkan dengan kehilangan misteri Sheikh yang dilakonkan oleh Zairi Aziz, anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma (Dynas Mokhtar).

Apa yang pada awalnya dilihat sebagai kisah biasa remaja, termasuk persahabatan, cinta dan konflik harian, akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi yang membuka lembaran rahsia gelap yang sekian lama tersembunyi.

Selain Putri, drama itu juga dibintangi  Muaz Zabir, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki, dan Dynas Mokhtar.

Sumber: mStar
2202 Views
24 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


cm_vungtau Lv.12 2#

Defender | Credits 12942   
Alamak sebijik muka Arni

September14 Lv.14 3#

Fighter | Credits 28454   
Skg mmg dah zmn nepotism.. anak awie, jamal, eizlan, shira, alip sokri dll…

annehuda Lv.22 4#

Moderator | Credits 76450   
anak die ni dulu bukan ke sekolah agama tudung labuh pe bagai?  cabut dah tudung nye ke
Follow Us

mawaria Lv.7 5#

Revolutioner | Credits 1876   
Rancak anak anak artis. Tak ada ke nak buat benang khas untuk diorang. Lalu fyp anak jamal rajin live dgn anak aaida

supernaturalee Lv.17 6#

Superior | Credits 56676   
x sabar nk tgk bwk WTK anak KPD ratu

sukanyanyi Lv.10 7#

Survivor | Credits 6275   
Quote: September14 replied at 17-4-2026 01:02 PM
Skg mmg dah zmn nepotism.. anak awie, jamal, eizlan, shira, alip sokri dll…

Oo tu ke term dia, nepotism? Tulah, mmg ramai. Dan dalam ramai2 ni, meols suka odah sbb mcm kiyut

ADVERTISEMENT


sukanyanyi Lv.10 8#

Survivor | Credits 6275   
Baru tadi gugel nama anak2 awie n sape omak2 mereka sbb baru lepas nampak anak awie merah tu jd penyanyi. Rupanya anak sulung ni plak jd pelakon. Meols officially dah tua sbb still ingat masa deyols ni kocik2

Missjass Lv.8 9#

Honour | Credits 2117   
Quote: annehuda replied at 17-4-2026 01:03 PM
anak die ni dulu bukan ke sekolah agama tudung labuh pe bagai?  cabut dah tudung nye ke

setahu i anak dia memang free hair dari dulu lagi

Shayang Lv.10 10#

Survivor | Credits 5416   
Tanda2 kita semua dah tuaa
Anak2 retis mahupun cucu retis dah mula jadi hero heroin kat tv
Btw anak ameng yg pmpuan yg nak jd retis tu ada aura seksi yaa
Aku tertengok live dia aritu, mengingkatkan aku pada pelakon Ridani ke Ridana aku lupa laa tp kembar la artis tu
Jenis bila bercakap sangat sexy dan menggoda gitulah anak ameng tu
Dia banyk ikut muka mak dia, kakaknya plak sebijik muka ameng.

tahanie Lv.9 11#

Adventurer | Credits 4058   
Anak2 arni memang stay dengan awie ke

apedehal Lv.13 12#

Challenger | Credits 16360   
Quote: September14 replied at 17-4-2026 01:02 PM
Skg mmg dah zmn nepotism.. anak awie, jamal, eizlan, shira, alip sokri dll…

Ada pulak show ttmm tu, makin menjadi jadik la nepo dlm industri

hotmak Lv.17 13#

Superior | Credits 59954   
Quote: mawaria replied at 17-4-2026 09:04 PM
Rancak anak anak artis. Tak ada ke nak buat benang khas untuk diorang. Lalu fyp anak jamal rajin liv ...

haa kan, kemain saling flirt taktau content ke mmg serius

dinosaurpink Lv.7 14#

Revolutioner | Credits 1632   
Edited by dinosaurpink at 18-4-2026 01:14 PM

Habistu kau ingat semua org yg pakai kabel tu xpayah masuk interview?
Kenalah acah2 audition dulu,kalau x kang obvious sgt pulokkk tempat kau dah secure dekat situ

Mcm pertandingan juga,kau kenalah masuk bertanding buat persembahan dulu,baru boleh bg hadiah/ganjaran
Walaupun dah ada pemenang yg dah dipersetujui /dinego oleh pihak2 berkepentingan,tp tetaplah semua kena buat persembahan/audition/interview dulu
Lol

Bedak_Carrie Lv.6 15#

Pioneer | Credits 808   
Memanglah dia x guna cable, dah fakta dia anak awie..
Org2 luar yg senang simply bagi job sbb dia anak awie hihi.

ADVERTISEMENT


Vanillah Lv.2 16#

Junior | Credits 60   
Aku lagi prefer adik dia Leefa yg keja dgn Skop. Yg ni sebijik muka awie

MistrezHermanaz Lv.12 17#

Defender | Credits 11379   
Quote: annehuda replied at 17-4-2026 01:03 PM
anak die ni dulu bukan ke sekolah agama tudung labuh pe bagai?  cabut dah tudung nye ke

Nmpk kt tiktok post dia, kalau balik rumah arni mmg dia pakai tudung.. Kalau duk dgn awie je x pakai tudung

cm_vungtau Lv.12 18#

Defender | Credits 12942   
Arni duduk Tganu kan? Maybe sebab tu pakai tudung. Rasanya Arni kawin dengan high school sweet heart dia. Teringat Awie marah bebenor bila dia cerai pastu mak Arni cakap syukur Arni sudah bebas

Aishwarya1707 Lv.7 19#

Revolutioner | Credits 1399   
Jauh lawa mak dia.. muka byk baka si sawie

mizzmimi Lv.14 20#

Fighter | Credits 20549   
sebijik muka mak dia tapi lagi cantik..
12Next