Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Pelakon Norish Karman mendakwa pernah 'berumah' dalam kereta bersama empat anaknya selama hampir dua bulan selepas bercerai kerana bekas suami gagal membayar sewa rumah.

Norish mendakwa bekas suami sepatutnya membayar sewa rumah berkenaan, tetapi ada peringkat dia gagal menjelaskan bayaran menyebabkannya terpaksa meninggalkan rumah itu.

"Hendak cari rumah lain pula perlu wang pendahuluan, jadi saya pilih duduk dalam kereta. Kami tumpang mandi di gimnasium dan letak kereta di hadapan restoran mamak 24 jam.

"Tidaklah bimbang dirompak dan sebagainya kerana ada lampu. Agak-agak tidak boleh tidur, kami lepak makan di mamak," katanya menerusi program audio siar Legasi Podcast kendalian Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khairul Anwar Salleh.

Sepanjang tinggal dalam kereta, Norish berkata, ada rakan mempelawa dia dan anak-anak tinggal bersama, namun pelakon filem Sayang Salmah itu tidak mahu terhutang budi.

"Ada kawan yang ajak tinggal di rumah mereka tetapi tapi demi menjaga persahabatan, saya terpaksa tolak.

"Saya tahu Allah tidak kejam, saya yakin suatu hari nanti saya akan naik semula. Jadi, saya takut ketika di atas, saya terlalu sibuk mengatur hidup, dah banyak duit hingga tidak sempat melayan kawan-kawan yang membantu.

"Jadi, saya tidak mahu mereka terasa hati, saya tidak mahu ada ruang itu. Sebab itu saya pilih tinggal dalam kereta (Proton) Exora bersama anak-anak. Anak-anak pun tidak mahu walaupun saya suruh tinggal di rumah kawan kerana mereka mahu teman saya," katanya.

Bagaimanapun, Norish bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat baik kerana tidak pernah merungut biarpun terpaksa hidup dalam keadaan terumbang-ambing.

Menurutnya, anak-anak juga tidak pernah sekalipun merungut walaupun hanya ada wang tunai RM50 dalam tangan biarpun terpaksa menjamah nasi berlauk telur.

"Saya selalu ingatkan mereka, mungkin inilah petanda mereka akan menjadi orang hebat suatu hari nanti.

"Mereka sebenarnya boleh pilih untuk hidup mewah dan teratur tapi mereka masih memilih saya. Disebabkan itu, saya amat berterima kasih kepada anak-anak kerana sudi terus bersama saya.

"Mereka adalah sayap dan kekuatan saya," katanya.

Norish berkata, anak-anak juga tidak pernah menghakimi atau mempersoal tindakannya mengambil empat anak angkat dan tidak pernah persoalkan asal usul mereka.

"Saya tidak pernah belikan mereka barang kemas atau telefon bimbit, tetapi mereka pandai berdikari dan cari duit sendiri membeli apa yang dimahukan," katanya.

Katanya, biarpun ketika itu, ibu bapanya masih ada, namun mereka tidak tahu masalah dilalui kerana tidak mahu mereka risau.

"Ada benda yang kita boleh cerita tetapi apabila sudah dewasa, takkan sikit-sikit nak bercerita.

"Ketika saya bercerai pun mereka tidak tahu, saya hanya cerita apabila semuanya sudah selesai," katanya.

Norish dan anak-anak mula hidup normal selepas mengusahakan khidmat katering.

"Ketika itu, saya gigih buat pengumuman dan kami dapat buat katering untuk 5,000 hingga 10,000 orang, cuma saya tak hebohkan," katanya.


Sumber : Harian Metro
8743 Views
158 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


prince_marhaen Lv.11 2#

Highlander | Credits 8284   

you reap what you sow...



https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/05/01/bekas-suami-dedah-hubungan-sulit-norish
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

freyayong Lv.8 3#

Honour | Credits 2562   
Quote: prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...

wow ada thread ke kisah diorg ni dulu. baru tau luqman tu abg farahdhiya

BlackpingU Lv.8 4#

Honour | Credits 2668   
Dingar boleh pircaya jangan
Follow Us

Bedak_Carrie Lv.6 5#

Pioneer | Credits 803   
Biar betul 2 bulan tinggal dlm kereta?
Susah sgt ni.....
Terkesima ai....

tasha Lv.14 6#

Fighter | Credits 26882   
Hari ada terbaca dkt socmed kata sheols jadi lecture disebuah kolej swasta...adakah pekerjaan kat xkan la sampai merempat kot..

Bedak_Carrie Lv.6 7#

Pioneer | Credits 803   
Quote: prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...



Oooo kisahnya..

ADVERTISEMENT


tasha Lv.14 8#

Fighter | Credits 26882   
Quote: prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...



Kifarah isteri curang kot....

pocongkiutss Lv.14 9#

Fighter | Credits 27269   
Copy paste

roslinah_laikoi

Semalam terlayan live Dato AlifSyukri (DAS) dgn Norish Karman (NK), 1 soalan DAS, jika NK dapat RM200k, apa nak buat? Jawapan NK? Dia nak beli kereta besar sikit dalam harga RM150k , 50k buat belanja keperluan anak. Tepuk dahi aku dengar. Muka dia sangat bijak, tapi jawapan dia adoi. Anak2 dah besar buat lesen memandu (kalau blm ada lesen) baru RM1.5k sorang, macam nampak ada 2 yang dah boleh memandu campur NK 3org la. Beli kereta kecil murah ja. Beli 2 tak sampai 50k kot

***

Tolonglah acik porem.. toksah la nak kesian2 ngan minah ni


pocongkiutss Lv.14 10#

Fighter | Credits 27269   
Quote: Bedak_Carrie replied at 16-4-2026 06:56 PM
Biar betul 2 bulan tinggal dlm kereta?
Susah sgt ni.....
Terkesima ai....

Dengar boleh

Percaya tu jgn skali2 noks

lanse Lv.6 11#

Pioneer | Credits 951   
Susah nak percaya dia ni.

Cantik123 Lv.1 12#

Beginner | Credits 26   
Quote: pocongkiutss replied at 16-4-2026 07:30 PM
Copy paste

roslinah_laikoi

Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… stalk iG rupanya dah besar panjang… umur dah around 30 kalau tak silap sbb ada sambut birthday terbaru… mungkin anak sulung nya . Tapi muka lain dari amanda dan yang lelaki sorang lagi tu ( yang lelaki rambut curly tu confirm anak dato- sbb dulu mmg selalu kuar majalah/tv dato & anaknya) . Time dia kawin ngan dato dia dah ada anak ke ?..   

lanacondor Lv.7 13#

Revolutioner | Credits 1587   
Quote: pocongkiutss replied at 16-4-2026 07:30 PM
Copy paste

roslinah_laikoi

Siyes la dia jwb gini.. tepuk dahi aku.. nampak sgt t20 yg jatuh miskin sb xreti merancang kewangan..

lanacondor Lv.7 14#

Revolutioner | Credits 1587   
Quote: Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...

Owh anak dah besar igt sekolah lagi.. Yela ambik lesen moto beli moto sebijik bwk grab dik.. xpon amek lesen Lori. Gaji driver Lori bkn cikai2 ye

che-cikL Lv.12 15#

Defender | Credits 14434   
For some reason, pada tahun 2003 (exactly) iols ingat seorang kawan yg tinggal di TTDI bercerita nampak Norish dan suami makan di restoran (dgn family). My friend kata Norish garang dgn suami masa tu. Utk info tambahan, my friend sejenis species tak reti mengata membawa mulut. So bila dia bercerita, iols sgt ingat sampai hari ni.

ADVERTISEMENT


TomyamPuteh Lv.13 16#

Challenger | Credits 17232   
Bijak betul Tok Lip.Mentah mentah gitu je dia revealed the true colours of both retis.Sorang nk bayar hutang laki scammer.Sorang lagi nak beli
MPV 150k.Patut la Tok Lip boleh jadi jutawan.Cuma orang yang cepat tangkap je boleh baca mainan dia.

Bolabulat Lv.7 17#

Revolutioner | Credits 1447   
Bekas suami dia tu pak sedara kaer Af kan, pernah ternampak dlm ig kaer pergi beraya rumah pak long dia, yakni ex suami Norish.

b_n_c Lv.11 18#

Highlander | Credits 7742   
btl merempat ke tak ni??
dpt duit nk beli keta 150k????
hbs tu myk keta besar, maintenance dan roadtax bagai nk mtk alif syukri lg ke?
xpa la aku anggap dia mmg byk duit simpanan.

Cantik123 Lv.1 19#

Beginner | Credits 26   
Quote: Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...

Time live smlm yang anak lelaki tu tak ada. Dalam gambar family kat IGnya ada yg chubby2 tu..

ragazza Lv.7 20#

Revolutioner | Credits 1234   
Quote: Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...

Kalau rambut kiting tu org sama je.... yg no2 chubby badan besar, tengok sekali imbas macam indon/jawa, umur lebih kurang yg sulung tapi badan besar dia panggil tedy , kadang dia panggil gege (sebut camne tatau.. tahu eja je)

Dia masa kawen muda sgt lagi.... tkde anak atau anak angkat macam retis2 lain... imej dia sblm kawen clean sgt, berjiwa besar, berseni org nya... nampak bijak & matang dari usia.. tak sangka yg cepat matang ni bila tua jadi bimbo
1234.. 8Next