|
View: 8875|Reply: 158
|
Norish Karman dedah pernah tinggal dalam kereta dua bulan dengan anak-anak - "Agak-agak tidak boleh tidur, kami lepak makan di mamak"
[Copy link]
|
|
|
Pelakon Norish Karman mendakwa pernah 'berumah' dalam kereta bersama empat anaknya selama hampir dua bulan selepas bercerai kerana bekas suami gagal membayar sewa rumah.
Norish mendakwa bekas suami sepatutnya membayar sewa rumah berkenaan, tetapi ada peringkat dia gagal menjelaskan bayaran menyebabkannya terpaksa meninggalkan rumah itu.
"Hendak cari rumah lain pula perlu wang pendahuluan, jadi saya pilih duduk dalam kereta. Kami tumpang mandi di gimnasium dan letak kereta di hadapan restoran mamak 24 jam.
"Tidaklah bimbang dirompak dan sebagainya kerana ada lampu. Agak-agak tidak boleh tidur, kami lepak makan di mamak," katanya menerusi program audio siar Legasi Podcast kendalian Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khairul Anwar Salleh.
Sepanjang tinggal dalam kereta, Norish berkata, ada rakan mempelawa dia dan anak-anak tinggal bersama, namun pelakon filem Sayang Salmah itu tidak mahu terhutang budi.
"Ada kawan yang ajak tinggal di rumah mereka tetapi tapi demi menjaga persahabatan, saya terpaksa tolak.
"Saya tahu Allah tidak kejam, saya yakin suatu hari nanti saya akan naik semula. Jadi, saya takut ketika di atas, saya terlalu sibuk mengatur hidup, dah banyak duit hingga tidak sempat melayan kawan-kawan yang membantu.
"Jadi, saya tidak mahu mereka terasa hati, saya tidak mahu ada ruang itu. Sebab itu saya pilih tinggal dalam kereta (Proton) Exora bersama anak-anak. Anak-anak pun tidak mahu walaupun saya suruh tinggal di rumah kawan kerana mereka mahu teman saya," katanya.
Bagaimanapun, Norish bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat baik kerana tidak pernah merungut biarpun terpaksa hidup dalam keadaan terumbang-ambing.
Menurutnya, anak-anak juga tidak pernah sekalipun merungut walaupun hanya ada wang tunai RM50 dalam tangan biarpun terpaksa menjamah nasi berlauk telur.
"Saya selalu ingatkan mereka, mungkin inilah petanda mereka akan menjadi orang hebat suatu hari nanti.
"Mereka sebenarnya boleh pilih untuk hidup mewah dan teratur tapi mereka masih memilih saya. Disebabkan itu, saya amat berterima kasih kepada anak-anak kerana sudi terus bersama saya.
"Mereka adalah sayap dan kekuatan saya," katanya.
Norish berkata, anak-anak juga tidak pernah menghakimi atau mempersoal tindakannya mengambil empat anak angkat dan tidak pernah persoalkan asal usul mereka.
"Saya tidak pernah belikan mereka barang kemas atau telefon bimbit, tetapi mereka pandai berdikari dan cari duit sendiri membeli apa yang dimahukan," katanya.
Katanya, biarpun ketika itu, ibu bapanya masih ada, namun mereka tidak tahu masalah dilalui kerana tidak mahu mereka risau.
"Ada benda yang kita boleh cerita tetapi apabila sudah dewasa, takkan sikit-sikit nak bercerita.
"Ketika saya bercerai pun mereka tidak tahu, saya hanya cerita apabila semuanya sudah selesai," katanya.
Norish dan anak-anak mula hidup normal selepas mengusahakan khidmat katering.
"Ketika itu, saya gigih buat pengumuman dan kami dapat buat katering untuk 5,000 hingga 10,000 orang, cuma saya tak hebohkan," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
you reap what you sow...
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/05/01/bekas-suami-dedah-hubungan-sulit-norish
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wow ada thread ke kisah diorg ni dulu. baru tau luqman tu abg farahdhiya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dingar boleh pircaya jangan  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar betul 2 bulan tinggal dlm kereta?
Susah sgt ni.....
Terkesima ai.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ada terbaca dkt socmed kata sheols jadi lecture disebuah kolej swasta...adakah pekerjaan kat xkan la sampai merempat kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...
Oooo kisahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 16-4-2026 03:26 PM
you reap what you sow...
Kifarah isteri curang kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Copy paste
roslinah_laikoi
Semalam terlayan live Dato AlifSyukri (DAS) dgn Norish Karman (NK), 1 soalan DAS, jika NK dapat RM200k, apa nak buat? Jawapan NK? Dia nak beli kereta besar sikit dalam harga RM150k , 50k buat belanja keperluan anak. Tepuk dahi aku dengar. Muka dia sangat bijak, tapi jawapan dia adoi. Anak2 dah besar buat lesen memandu (kalau blm ada lesen) baru RM1.5k sorang, macam nampak ada 2 yang dah boleh memandu campur NK 3org la. Beli kereta kecil murah ja. Beli 2 tak sampai 50k kot
***
Tolonglah acik porem.. toksah la nak kesian2 ngan minah ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bedak_Carrie replied at 16-4-2026 06:56 PM
Biar betul 2 bulan tinggal dlm kereta?
Susah sgt ni.....
Terkesima ai....
Dengar boleh
Percaya tu jgn skali2 noks |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak percaya dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 16-4-2026 07:30 PM
Copy paste
roslinah_laikoi
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… stalk iG rupanya dah besar panjang… umur dah around 30 kalau tak silap sbb ada sambut birthday terbaru… mungkin anak sulung nya . Tapi muka lain dari amanda dan yang lelaki sorang lagi tu ( yang lelaki rambut curly tu confirm anak dato- sbb dulu mmg selalu kuar majalah/tv dato & anaknya) . Time dia kawin ngan dato dia dah ada anak ke ?..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 16-4-2026 07:30 PM
Copy paste
roslinah_laikoi
Siyes la dia jwb gini.. tepuk dahi aku.. nampak sgt t20 yg jatuh miskin sb xreti merancang kewangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...
Owh anak dah besar igt sekolah lagi.. Yela ambik lesen moto beli moto sebijik bwk grab dik.. xpon amek lesen Lori. Gaji driver Lori bkn cikai2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
For some reason, pada tahun 2003 (exactly) iols ingat seorang kawan yg tinggal di TTDI bercerita nampak Norish dan suami makan di restoran (dgn family). My friend kata Norish garang dgn suami masa tu. Utk info tambahan, my friend sejenis species tak reti mengata membawa mulut. So bila dia bercerita, iols sgt ingat sampai hari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bijak betul Tok Lip.Mentah mentah gitu je dia revealed the true colours of both retis.Sorang nk bayar hutang laki scammer.Sorang lagi nak beli
MPV 150k.Patut la Tok Lip boleh jadi jutawan.Cuma orang yang cepat tangkap je boleh baca mainan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekas suami dia tu pak sedara kaer Af kan, pernah ternampak dlm ig kaer pergi beraya rumah pak long dia, yakni ex suami Norish. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
btl merempat ke tak ni??
dpt duit nk beli keta 150k????
hbs tu myk keta besar, maintenance dan roadtax bagai nk mtk alif syukri lg ke?
xpa la aku anggap dia mmg byk duit simpanan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...
Time live smlm yang anak lelaki tu tak ada. Dalam gambar family kat IGnya ada yg chubby2 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik123 replied at 16-4-2026 07:56 PM
Tu la, hari tu masa dia sakitt kat spital ada anak lelaki nya share berkenaan maknya di hospital… ...
Kalau rambut kiting tu org sama je.... yg no2 chubby badan besar, tengok sekali imbas macam indon/jawa, umur lebih kurang yg sulung tapi badan besar dia panggil tedy , kadang dia panggil gege (sebut camne tatau.. tahu eja je)
Dia masa kawen muda sgt lagi.... tkde anak atau anak angkat macam retis2 lain... imej dia sblm kawen clean sgt, berjiwa besar, berseni org nya... nampak bijak & matang dari usia.. tak sangka yg cepat matang ni bila tua jadi bimbo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|