|
View: 1865|Reply: 7
|
Tak Perlu Isytihar Darurat, Dr Akmal Bidas Ahli Parlimen DAP - “Maka Yang Perlu Rakyat Isytihar Adalah Humban Kamu Dari Menjadi Kerajaan. Bodoh!" ...
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh membidas cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mahu mengisytiharkan darurat ekoran krisis ekonomi yang melanda negara sekarang.
Dr Muhammad Akmal mempersoalkan rasional di sebalik cadangan tersebut memandangkan krisis ekonomi bukan perkara baharu dalam sejarah pentadbiran negara.
“Dulu zaman Barisan Nasional (BN) jadi kerajaan kita menghadapi krisis ekonomi juga, tiada pula nak isytihar darurat.
“Hari ini krisis ekonomi berlaku pada negara lain juga tapi tiada juga nak isytihar darurat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Beliau berkata, cadangan yang dikemukakan Poay Tiong itu secara tidak langsung menunjukkan kegagalan pihak kerajaan dalam menguruskan negara dengan efektif.
“Cadangan tersebut adalah bukti nyata ketidakmampuan pimpinan sedia ada. Bila Ahli Parlimen DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik!” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau menyimpulkan jika benar kerajaan sudah buntu sehingga memerlukan darurat maka rakyat mempunyai pilihan yang lebih tepat untuk dilakukan.
“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. Bodoh!!!” katanya.
Terdahulu, Poay Tiong menerusi sebuah portal berita mencadangkan agar kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebagai langkah menangguhkan pilihan raya negeri.
Beliau berkata, pada ketika ini, keadaan negara dlihat tidak stabil kerana dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi semasa yang memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.
Langkah itu dikatakan wajar dipertimbang bagi memberi ruang kepada kerajaan menumpukan usaha pemulihan ekonomi sebelum sebarang proses pilihan raya dilaksanakan.
Sumber – MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kewajaran larangan kanak2 bawah 16 tahun daripada media sosial, inilah sebabnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa yeo bin yin celebrated kes addendum najib celaka di tong sampahkan kemain mangkok sial ni sentap termasuklah barua2 pkr ckp psl adab, inhumane kimak kau.pru,prn ni bukan dari duit kau lah sial.yakin ye .... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Akmal bangang ni sama level bodoh acik yg kena tahan tu.ratib kerajaan,kepimpinan dulu tak sedar diri yg kepimpinan dulu ni masih ada dlm kerajaan semcm sial.bilalah umngok celaka ni benar2 terkubur?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut lah beriya nak negara dalam krisis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak buat undi online? Save banyak budget. Tada bazir petrol sana sini bawa bendera pekik-pekik. Aku pun menyampah nak beratur. Apa yang aku harap pun bukan depa buat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|