CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1321|Reply: 9

Abang Siti Jamumall Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15,000

[Copy link]
Post time 16-4-2026 09:36 AM | Show all posts |Read mode




Abang kepada usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall iaitu Abiejam mendakwa hutang berjumlah RM15,000 masih belum dijelaskan oleh pelakon Azar Azmi sejak enam tahun lalu.

Memetik Oh Bulan, Abiejam berkata wang tersebut disalurka sebagai bantuan kepada Azar untuk memulakan perniagaan, termasuk penyediaan barangan dan sokongan untuk siaran langsung.

Menurutnya lagi, selepas wang tersebut diberikan Azar didakwa terus menghilang serta tidak menjawab panggilan serta mesejnya.

“Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap bila tengok nama dia tengah ‘naik’ dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan.

“Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari, dia datang tu kita memang niat nak bantu waktu tengah susah kami beri barang bukan sikit lebih RM15,000 untuk dia (Azar) mula berniaga dan bangkit semula.

“Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang,” katanya.

Sementara itu, Abiejam berkata dia mempunyai bukti berkenaan kenyataannya itu serta bersedia untuk disaman jika dakwaannya itu tidak benar.

“Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini, rasanya semua tahu sebab ada sosial media kan jadi boleh tengok balik video lama,” katanya.

Dalam pada itu, Abiejam berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menghubungi Azar serta berharap pelakon itu melunaskan hutang berkenaan.

“Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang,” katanya.

Sumber – Oh Bulan, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2026 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Nahhhh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2026 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Toklif boleh tolong
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2026 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tt ada org hina dia oku,yg berhutang  disanjung
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2026 10:21 AM | Show all posts
berat betul kes si Azar ni, time susah ni lah, ada plak menuntut utang..
moga dah dpt duit toklip kasi tu, bleh laa byr sket yer Azar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2026 11:19 AM | Show all posts
Sian pulak si abiejam ni, tapi mengenangkan adik dia si influencer propa balut jongkong emas guna kertas pembalut, terus meolss tak kesian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2026 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 16-4-2026 11:19 AM
Sian pulak si abiejam ni, tapi mengenangkan adik dia si influencer propa balut jongkong emas guna ke ...

Watpe nk kesian kat org yg hutang beratus ribu kat org lain zisss... dia sendiri berhutang ratus ribu kat beberapa org yg lain siap kalah saman pun tehtap tak bayar hutang tu. Tup² interframe kes AA ni tuntut RM15K
Apekahhhh sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2026 12:36 PM | Show all posts
Edited by KamikuP at 16-4-2026 04:38 AM
Ai_kiu replied at 16-4-2026 03:42 AM
Watpe nk kesian kat org yg hutang beratus ribu kat org lain zisss... dia sendiri berhutang ratus r ...

Hahahahah... padan muka.. itu makan dia.. Cabut bateri kerusi roda tu kang abiejam.. ekekekAnyhoo si Siti ni ke yg kene cerai masa live nanges? ekekek

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2026 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 16-4-2026 12:36 PM
Hahahahah... padan muka.. itu makan dia.. Cabut bateri kerusi roda tu kang abiejam.. ekekekAnyhoo s ...

Iyer zisss.. adek dia letewww siapa lagih
Ai sikit pun xde rasa kesiyan kat oku species gini
Kalau dah siap kena saman tu level apa punya hutang?
Ai ni tak nafikan hutang tu hukumnya wajib dibayar. Takde pulak Ai nk ckp takyah bayar even seposen.
Cuma tulah tu..............
Baran Ai baca mangsa² yg jatuh kesiyan kat oku ni sampai beratus ribu hutang tak bayar² sampai skang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2026 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai_kiu replied at 16-4-2026 12:44 PM
Iyer zisss.. adek dia letewww siapa lagih
Ai sikit pun xde rasa kesiyan kat oku species gini
Kalau ...

La, kisahnye.. beriye nak interframe. Org tu bru nak bernafas, tiber acik ni minta utang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.836674 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list