CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1473|Reply: 0

Selat Hormuz: Kapal Malaysia Pertama Tiba Jumaat Ini

[Copy link]
Post time 16-4-2026 08:36 AM | Show all posts |Read mode





Kapal Malaysia pertama yang terkandas di Selat Hormuz susulan krisis geopolitik Asia Barat dijadual tiba di tanah air Jumaat ini.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kapal kedua pula dijangka tiba pada minggu berikutnya, menjadikan lima kapal Malaysia masih terkandas di selat berkenaan.

Katanya, perkembangan itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Pada waktu ini dimaklumkan terdapat dua kapal yang dalam perjalanan. Satu dijangka tiba pada 17 April (Jumaat), manakala satu lagi mungkin minggu yang berikutnya.

“Terdapat lima kapal yang masih lagi berada di Selat Hormuz,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Taklimat Khas Krisis Tenaga Global dan pasca mesyuarat Kabinet.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia, khususnya bagi penghantaran minyak mentah global dan sebarang gangguan di kawasan itu boleh memberi kesan kepada rantaian bekalan serta harga tenaga.

Perkembangan terbaharu itu hadir ketika ketegangan di Asia Barat terus menjadi perhatian antarabangsa, termasuk isu sekatan yang memberi implikasi kepada pergerakan kapal dagang.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata isu konflik Asia Barat dan sekatan di Selat Hormuz dijangka menjadi perbincangan dalam pertemuan antara Anwar dan rakan sejawatnya dari Australia.

“Saya percaya Perdana Menteri akan bangkitkan pendirian Malaysia mengenai isu konflik di Asia Barat dan sudah pasti isu mengenai sekatan di Selat Hormuz itu akan dibincangkan,” katanya.


Sumber – Rotikaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.367139 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list