Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   




TAMPIL tidak berhijab dalam drama Puteri Kembang Malam yang bakal bersiaran tidak lama lagi, pelakon Fasha Sandha menegaskan tiada keperluan untuk dia menjelaskan status penampilannya itu kepada umum.  

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata dia enggan memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu hijab kerana menganggap perkara tersebut adalah urusan peribadi antara dirinya dan keluarga.

Justeru itu, Fasha tetap dengan pendiriannya untuk mengunci mulut dan memohon agar semua pihak memberikan ruang serta tidak terus mendesaknya mengenai hal berkenaan.

"Saya tidak berhutang penjelasan kepada sesiapa. Saya simpan perkara ini untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau orang nak menilai, itu hak mereka. Mereka boleh terus menyokong dan menikmati karya saya.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini, tiada komen. Saya tak pernah beri sebarang kenyataan tentang isu itu, jadi sampai bila-bila pun saya takkan beri komen mengenainya. Saya belum bersedia untuk bercakap, jadi saya mohon diberikan ruang dan peluang," katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika sesi fotografi drama terbarunya di Media Prima pada Selasa.

Mengulas kekeliruan peminat mengenai hantarannya di Instagram yang masih memaparkan imej tidak bertudung, Fasha menyarankan agar warga maya lebih peka terhadap isu semasa yang lebih penting.

"Bagi saya, lebih baik fokus kepada isu-isu lain yang lebih penting seperti isu semasa, harga minyak atau diesel yang naik. Bercakap tentang perkara itu rasanya lebih bermanfaat daripada membahaskan hal kecil.

"Cuma kalau ditanya soalan seperti sudah berhijab atau belum, atau kenapa Instagram masih free hair, saya tetap akan jawab tiada komen," ujarnya.

Fasha turut menjelaskan tindakannya berdiam diri adalah bagi mengelakkan sebarang percanggahan kenyataan pada masa akan datang.






"ada saya, ada orang yang sudah berhijab 10, 15 malah 20 tahun pun masih boleh berubah atas sebab tertentu. Sebab itu saya tidak selesa untuk memberikan sebarang kenyataan tentang penampilan saya di media sosial.

"Alhamdulillah, saya juga menerima banyak sokongan positif. Saya rasa majoriti orang memberi kata-kata baik berbanding segelintir yang terus mempersoalkan perkara tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha bakal muncul dalam drama Puteri Kembang Malam yang turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Chacha Maembong, Badron Munirah dan Zairi Aziz.

Drama tersebut bakal ditayangkan di platform Tonton Original bermula 30 Mei depan.


Sumber: mStar
3230 Views
45 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


BoongaKertas Lv.14 2#

Fighter | Credits 22680   
iols dah jadi nyampah dgn minah mcm attention seeker ni. lantak ko lah kak, asal laki ko redho kekdahnya.

prince_marhaen Lv.11 3#

Highlander | Credits 8317   
terpaling komited, terpaling disiplin katanyaaaa dalam industri... hihihi
Tak buat nanti takde job kan... laki pulak on off job... terpaksa la kan.. dah tak duduk atas dulang emas lagi.. kena la kerja keras...

azhardanil Lv.10 4#

Survivor | Credits 6026   
hukum Tuhan boleh turn on turn off sesuka hati.
Follow Us

babelina Lv.10 5#

Survivor | Credits 5099   
tu pasal aku dh unfollow dia.. terpaling sgt dh.. hmmmm

boudinniA Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1261   
Pasal ni tiada penjelasan pula. Kalau pasal isu2 lain sebelum ni, lebih sekali sheols bising jadikan isu.

kaseh80 Lv.12 7#

Defender | Credits 11692   
Haggardnya minah ni

ADVERTISEMENT


cabai7 Lv.9 8#

Adventurer | Credits 4083   
Terpaling segala benda.. buat malu je

DeLuna85 Lv.10 9#

Survivor | Credits 6488   
Lantak la. Bukannya lawa pun.

apedehal Lv.13 10#

Challenger | Credits 16446   
Quote: boudinniA replied at 15-4-2026 01:13 PM
Pasal ni tiada penjelasan pula. Kalau pasal isu2 lain sebelum ni, lebih sekali sheols bising jadikan ...

Iye kan...masa tareq komplen tokti tu..xmintak penjelasan dia pun tp sibuk plak komen..ntahla pasah, chuols lawa tp suara turn off, masa yg glitch unpolo tu pun gigih pulak jawab padahal tiada keperluan pun..kekeke

Duta lover Lv.14 11#

Fighter | Credits 22315   
Alahai dia masih on off lagi. Kang bila artis pakai tudung bila ad adegan atas katil, komer jugak yg bising.

zeetot Lv.9 12#

Adventurer | Credits 3628   
nak bagi cerita nampak logik. biar dia lah

awanearisu Lv.13 13#

Challenger | Credits 18036   
Sayangnya disiplin sebagai pelakon tak berjaya menguatkan disiplin sebagai muslimah. Teringat dulu seperti pernah lantang menegur pelakon lain yang tak berdisiplin di set.

Akalditipumata Lv.7 14#

Revolutioner | Credits 1217   
Tp sheolz ni pkai tudung pn ketat nk mmpos bajunya.. xphm aku

angin_menderu Lv.3 15#

Senior | Credits 137   
Binawe ni dari mula bertudung mmg on off. Jadi tak terkejut sangat la sbb dari dia mula tunjuk imej bertudung pun tak istiqomah. Mula mula bertudung tapi nanti tau tau up posting dgn baju sendat alam dia tu dulu.
Ni dia dah jawab, mmg smpai skrang dia tak bagi kenyataan dia berhijab sepenuhnya jadinya mmg dia tak bertekad lagi la berhijrah dan kalau ada job untuk free hair dia on je gamaknya

ADVERTISEMENT


Missjass Lv.8 16#

Honour | Credits 2117   
Quote: angin_menderu replied at 15-4-2026 10:51 PM
Binawe ni dari mula bertudung mmg on off. Jadi tak terkejut sangat la sbb dari dia mula tunjuk imej  ...

dalam ig sekarang semua gambar bertudung dah pergi event semua pakai tudung, tiber dalam drama free hair. FS ni start pakai tudung lepas ND pakai tudung kan masa awal2 kahwin dulu on off dah tapi masa tu pakai tudung time ada majlis ke raya dengan family aidil je

cm_vungtau Lv.12 17#

Defender | Credits 12970   
ko nak bertudung ke nak letak apa kat atas kepala ke tetap sendu

asfaz Lv.17 18#

Superior | Credits 50425   
Quote: apedehal replied at 15-4-2026 04:41 PM
Iye kan...masa tareq komplen tokti tu..xmintak penjelasan dia pun tp sibuk plak komen..ntahla pasa ...

Kihkihkih,tak tgk drama dia sb suara dia.Dari awal kemunculan.

sleepandream Lv.12 19#

Defender | Credits 10888   
biarler dia nak pakai tudung ke bukak tudung ke.. dia pelakon bukannya qariah negara ke ustazah sekolah chuols ke... laki dalam family acik2 main bola pun pakai atas lutut jugek...

btw iols lagi rengsek tengok drama melayu scene laki bini tengok tv dalam rumah tapi bini pakai tudung...

hyie Lv.15 20#

Gladiator | Credits 39039   
sheols bukannya bertudung kekal pun, sukati dia la nyah..lainlah kalau ustazah asma tetiba free hair atas tuntutan kerja
123Next