Edited by YgBenar at 14-4-2026 04:00 PM
https://www.facebook.com/share/v/1BJRciujec/
KELEMAHAN SOP NSRC & BANK: PENIAGA SME JADI MANGSA KEADAAN Video ini adalah luahan kekecewaan saya mewakili peniaga-peniaga SME di luar sana. Kami sokong penuh penubuhan NSRC untuk banteras penipuan online. Tapi SOP sekarang ini jelas mempunyai "loopholes" yang sangat menindas perniagaan yang sah (legit). Walaupun kami sudah berikan BUKTI KUKUH bahawa barang tersebut telah dipos dan selamat diterima oleh pelanggan, proses untuk membuka kembali akaun tersebut memakan masa berbulan-bulan, malah ada yang bertahun tiada kesudahan. Pegawai hanya suruh tunggu dan rujuk sana-sini tanpa jalan penyelesaian yang pantas. Apa kesan pada SME bila akaun dibekukan secara tak adil?
❌ Operasi syarikat lumpuh serta-merta.
❌ Gaji pekerja tertunggak (mereka ada keluarga nak disara).
❌ Bayaran kepada pembekal terbantut.
❌ Kerugian ribuan/ratusan ribu ringgit hanya kerana aduan palsu Saya menyeru pihak NSRC, PDRM (Unit Komersial/JSJK), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank-bank Komersial untuk duduk berbincang dan perhalusi kembali SOP sedia ada. Kaji semula bagaimana status "Suspicious" itu dinilai sebelum membekukan akaun perniagaan secara total. Jangan biarkan sistem ini disalahguna untuk sabotaj perniagaan orang lain. SME pembayar cukai dan penyumbang ekonomi negara, tolong jangan aniaya kami. Sila tonton video penuh untuk faham realiti yang SME terpaksa hadapi sekarang. Mohon rakan-rakan bantu share.
https://www.facebook.com/share/v/1BJRciujec/ |