|
View: 4096|Reply: 30
|
[Dunia]
Trump arah Tentera Laut AS sekat Selat Hormuz
[Copy link]
|
|
|
Trump arah Tentera Laut AS sekat Selat Hormuz
April 13, 2026 @ 12:31am
Trump mengarahkan sekatan laut oleh Tentera Laut AS di Selat Hormuz susulan kegagalan rundingan damai dengan Iran. - Foto AFP/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan sekatan laut oleh Tentera Laut AS di Selat Hormuz susulan kegagalan rundingan damai dengan Iran, satu peningkatan besar ketegangan yang dijangka menguji gencatan senjata rapuh.
Dalam hantaran panjang di media sosial dan satu temu bual di Fox News, Trump mengakui rundingan maraton di Islamabad berjalan 'dengan baik' dan 'kebanyakan perkara telah dipersetujui'.
Namun, beliau berkata Tehran bersikap 'tidak berganjak' dalam keengganannya melepaskan cita-cita nuklear, serta gagal membuka semula selat itu yang menjadi laluan kira-kira 20 peratus minyak mentah dunia – syarat bagi gencatan senjata dua minggu yang sedang berkuat kuasa.
Beliau turut mengugut China dengan tarif besar sebanyak 50 peratus ke atas barangan negara itu yang memasuki AS jika Beijing memutuskan untuk membantu Tehran dari segi ketenteraan.
"Berkuat kuasa serta-merta, Tentera Laut Amerika Syarikat, yang terbaik di dunia, akan memulakan proses menyekat semua kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz," kata Trump di platform Truth Social miliknya.
"Mana-mana pihak Iran yang melepaskan tembakan ke arah kami atau kapal aman akan DIMUSNAHKAN!"
Trump pada awalnya menyatakan bahawa 'negara lain' akan turut terbabit dalam usaha sekatan itu, dan kemudian memberitahu rancangan 'Sunday Morning Futures with Maria Bartiromo' di Fox bahawa Britain 'dan beberapa negara lain' akan menghantar kapal pembersih periuk api.
Trump berkata beliau telah diberi taklimat penuh oleh pasukan perunding AS yang diketuai Naib Presiden JD Vance, utusan khas Steve Witkoff dan menantunya, Jared Kushner.
Pemimpin AS itu turut mengecam Iran kerana 'secara sedar' gagal melaksanakan janji untuk membuka semula Selat Hormuz.
"Seperti yang mereka janjikan, mereka perlu segera memulakan proses membuka laluan air antarabangsa ini dengan segera!" katanya.
Iran dilaporkan telah menyekat selat itu selama beberapa minggu sejak AS dan Israel melancarkan kempen pengeboman terhadap republik Islam itu lebih enam minggu lalu.
Trump turut memberi amaran kepada China bahawa negara itu akan berdepan kos tinggi jika membantu Tehran secara ketenteraan dalam fasa perang ini.
"Jika kita tangkap mereka berbuat demikian, mereka akan dikenakan tarif 50 peratus, jumlah yang sangat besar," kata Trump kepada Bartiromo.
Beliau juga mengulangi ancaman untuk memusnahkan loji tenaga Iran dan infrastruktur tenaga awam lain jika tiada perjanjian berkekalan dicapai, serta memberi amaran bahawa pasukan AS akan 'menghabiskan baki yang tinggal di Iran' jika perlu.
"Kami benar-benar 'BERSIAP SIAGA SEPENUHNYA'," katanya. - AFP
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata dah menang, dah buat regime changed sebulan sudah 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak negotiate dengan abang besar dia tak?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
If you can't beat them, join them. Hahaha
Btw, ada u turn ka nanti kasi stock market turn naik? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hantaran panjang di media sosial dan satu temu bual di Fox News, Trump mengakui rundingan maraton di Islamabad berjalan 'dengan baik' dan 'kebanyakan perkara telah dipersetujui'. rundingan tu terrrsgtla GAGAL.delulu.barua pulak pancut awal......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekas duta berjaya dah check berita ni betul le? Ari tu kata jangan tipu nak naikkan harga minyak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau US yang buat blockade adakah kapal Malaysia akan lepas sbb sebelum tu dah nego dgn Iran macam old friend. Menarik untuk difikirkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 13-4-2026 10:17 AM
Kalau US yang buat blockade adakah kapal Malaysia akan lepas sbb sebelum tu dah nego dgn Iran macam ...
Semalamnya nius 2 supertanker china dah lepas.. kitanya belum kan.. idak mesti masuk internesyenel nius |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 13-4-2026 12:41 PM
Bukan ke engkau dah lama Perang Ekonomi ke atas China kah? 
Consumer USA tu besar sangatkah, kalau tak berdagang dengan USA mungkin cuma ekonomi slow down.
China masih ingin kuasai Taiwan.
Dan China akan guna ECRL untuk pintas laluan melalui Selat Singapura  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cita cita Asia bukan mahukan USA mereka mahukan USA jadi isolated island. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
fattymah replied at 13-4-2026 10:26 AM
Semalamnya nius 2 supertanker china dah lepas.. kitanya belum kan.. idak mesti masuk internesyenel ...
Kalau USA serang kapal kapal lalu selat Hormuz sebagai contoh kapal Malaysia, dia akan menambahkan musuh , kemungkinan kapal USA tak boleh masuk Selat Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
USA ofkos akan serang kapal Iran lah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
elehhh macam tak tahu si trump ni memang nak selat hormuz tu tutup
acah2 je nak rundingan bagai kunun2 dia lah team baik
dan iran team jahat sebab tutup laluan tu sehingga mengkucar kacirkan seluruh dunia tiada minyak (kecuali sabah sarawak)
mudah dibaca |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembang perlu kencang...issue nya if iran bagi enriched uranium.. Settle problem...issue dari lagi B2 blast underground nuclear facility..
Create excuse or u turn... The finest untuk tutup ter sepit economy sendiri sebab hormuz strait problem...
Kecik kecik mak bapak bagi makan apa laaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
so apa pula komen gomen singaporn? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Iran dapat kawal selat hormuz
2. Us nak block selat hormuz
3. Adakah Iran akan potong kabel internet bawah laut macam dia cakap earlier? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 13-4-2026 02:56 PM
Dwdrum replied at 13-4-2026 02:49 PM
Sembang perlu kencang...issue nya if iran bagi enriched uranium.. Settle problem...issue dari lagi B ...
Minyak US dan UK di Iraq pun keluar ikut Selat Hormuz dan Iraq bergantung dengan janakuasa elektrik Iran.
US cuma menambah puak militan di Iraq
US bantu Israel tapi membunuh diri sendiri dan sekutu sekutu mereka.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kemaruk at 13-4-2026 03:06 PM
percayalah
dorang memang nak provoke iran supaya potong kabel tu
nanti bila bekalan internet dunia putus
maka boleh la dorang gantikan dengan starlink atau seangkatan dengan nya
nak daftar kena ada digital id dulu, scan mata, letak chip dalam badan etc
iran jahat potong internet, sekat laluan kapal, ja'attt!!!
amareka team baik, bantu tangani krisis minyak sedunia (kecuali sabah dan sarawak), hero sambung kembali internet seluruh dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Desperation?.... Simple word... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|