CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1305|Reply: 15

Macam Penagih? Andi Bernadee Rupanya Menderita Hipertiroid - "Saya Ingat Mungkin Ketika Itu Saya Kena ‘Anxiety”

[Copy link]
Post time 12-4-2026 10:03 AM | Show all posts |Read mode





Susulan tubuhnya dilihat semakin kurus, ada segelintir individu menuduh penyanyi dan pelakon Andi Bernadee mengambil barang terlarang.


Tampil menjawab tuduhan netizen itu, Andi berkata dia berdepan masalah kesihatan dikenali sebagai penyakit graves iaitu gangguan autoimun.







Menjawab komen netizen di Instagram, Andi berkata sehingga hari ini dia masih berulang alik ke hospital dan penyakit tersebut menyebabrkan berat badannya turun mendadak.


Memetik Harian Metro, Andi berkata pada awalnya da menyangka gejala dialaminya termasuk sesak nafas degupan jantung laju sehingga terjaga daripada tidur dalam keadaan berpeluh berpunca daripada tekanan kerja.


“Masa itu saya anggap mungkin stress (tekanan) sebab sibuk dengan album yang ambil masa lama untuk disiapkan.


“Bila buat persembahan, saya ada masalah pernafasan, nafas jadi pendek. Tangan dan kaki pula menggeletar, kadang-kadang rasa sejuk.


“Pegang telefon pun tangan menggigil, bawa kereta pun kaki nak tekan pedal minyak jadi sukar sebab ‘shaky’. Saya ingat mungkin ketika itu saya kena ‘anxiety’,” katanya.


Dalam pada itu, Andi berkata kesihatannya semakin baik, namun masih bergantung kepada ubat-ubatan. Tambahnya seandainya pembedahan membuang kelenjar tiroid dilakukan dia perlu mengambil ubat seumur hidup.


“Doktor ada cadangkan pembedahan, tetapi saya pilih untuk makan ubat. Kalau buang kelenjar tiroid, saya kena makan ubat seumur hidup dan tidak boleh langkau (makan ubat).


“Kalau tidak makan ubat, saya tidak boleh bernafas, paru-paru boleh berhenti dan boleh membawa maut,” katanya.


Sumber – Harian Metro, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zezo at 12-4-2026 01:12 PM

Just tertanya² la. Hyperthyroid ni boleh didiagnosis selewat gini. Sb dia sebelum ni berisi elok je. Boleh trigger lewat ek sampai jd kurus keding cmni? Kurus serupa macam yg Kelly Osbourne tu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 02:54 PM | Show all posts
anak saya pula hipothiroid .. kesan sebalik .. anak saya put on weight .. naik berat badan .. banyakk .. sembelit  ... despite dia hari2 mainboling 6-7 games .. tak makan benda2 manis ... tapi tetap put on weight .. now onmedication utk stabilkan hormon yg control tiroid.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semua org sakit di dunia ini diberi kesabaran, kekuatan dan kesembuhan....
Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran meolz meninggal sb sakit ni.. igt sakit ni xbahaya.. kene sentiasa buat checkup la gini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Zezo replied at 12-4-2026 01:10 PM
Just tertanya² la. Hyperthyroid ni boleh didiagnosis selewat gini. Sb dia sebelum ni berisi elok je ...


Kawan I diagnose masa 39-40 tp hypothyroid.
Asal pegi check sebab depress. Depress antara symptom.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2026 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lula2 replied at 12-4-2026 08:01 PM
Kawan I diagnose masa 39-40 tp hypothyroid.
Asal pegi check sebab depress. Depress antara symptom ...

Ohh. Kira benda ni boleh trigger bila² masa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 12-4-2026 05:32 PM
Jiran meolz meninggal sb sakit ni.. igt sakit ni xbahaya.. kene sentiasa buat checkup la gini..

Aritu ada baca kakak dia meninggal.
Baca2 komen, katanya sb ni,buat operation.Pastu dah balik rumah jadi pendarahan pulak. Tgk baju suami dia banyak darah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2026 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Zezo replied at 12-4-2026 08:23 PM
Ohh. Kira benda ni boleh trigger bila² masa.

biasanya simpton tiroid ni lebih kurang anxiety la berdebar2, berpeluh tu biasa orang check ingat dia ada anxiety. If perempuan ada yang simpton dia macam period tak teratur hormon kacau mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 12-4-2026 02:54 PM
anak saya pula hipothiroid .. kesan sebalik .. anak saya put on weight .. naik berat badan .. banyak ...

Itu aku .. x makan pun gemok hahaha aku ni dari 54kg pegi ke 120kg naseb aku tggi xde nampak badak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Missjass replied at 12-4-2026 08:34 PM
biasanya simpton tiroid ni lebih kurang anxiety la berdebar2, berpeluh tu biasa orang check ingat  ...

Btul .. aku dulu peyed x dtg 6 bulan penah x dtg setahun skrg je bru ok.. tu pun lepas aku turun kan berat badan sikit
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 12-4-2026 05:32 PM
Jiran meolz meninggal sb sakit ni.. igt sakit ni xbahaya.. kene sentiasa buat checkup la gini..

Kwn aku meninggal sbb tyroid n fibroid salah time makan ubat
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
apa beza hypotyroid  ni dgn PCOS.. irregular period, berat badan naik.. mcm sama je
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Zezo replied at 12-4-2026 01:10 PM
Just tertanya² la. Hyperthyroid ni boleh didiagnosis selewat gini. Sb dia sebelum ni berisi elok je ...

thyroid bila2 je boleh kena.. iols buat blood test.. masa umur 30thn dpt detect level thyroid lebih tinggi drpd normal.. then gi hospital, confirm I ada thyroiditis jenis hashimoto kena on medication smpai thyroid jadi normal.. tak boleh kena matahari atau duk kat tempat panas langsung.. mesti jadi ruam2 kulit.. mse kena thyroid tu mmg xboleh minum my favourite coffee kalau tak mmg jantung berdebar-debar smpai tgn menggigil mc anxiety.. dr dlu bg iols carbimazole utk kurangkan jantung berdebar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 12:06 AM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 12-4-2026 10:17 PM
Itu aku .. x makan pun gemok hahaha aku ni dari 54kg pegi ke 120kg naseb aku tggi xde nampak badak ...

hipotiroid jugak ke sis ?
memang tak boleh kurus balik ke macam mana ?
kesian my son ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 13-4-2026 12:06 AM
hipotiroid jugak ke sis ?
memang tak boleh kurus balik ke macam mana ?
kesian my son ..

Boleh skrg aku dlm fasa kuruskan badan .. ko kena tukar beras dari biasa ke beras rebus.. lepas tu ko kena bgi dia makan sikit je .. fast food kalau boleh cut benda2 manis probiotik n probiotik ... Seminggu sekali dua bwk beriadah ... Aku buat gitu je dari 120kg jd 98kg .. tp kena bsabar lah aku dkt 2 tahun buat cmtu xnk stress.. manis paling kena buang ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.898213 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list