CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 274|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026

[Copy link]
Post time 11-4-2026 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026

11 April 2026 06:14pm





Zii Jia






PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia disenaraikan untuk menggalas tugas negara dalam saingan Piala Thomas 2026 yang akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu akan bergandingan bersama Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Aidil Sholeh Ali Sadikin dalam acara perseorangan lelaki.


Penyenaraian pemain berusia 28 tahun itu dilihat mampu memperkukuh cabaran negara dalam usaha memburu kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 1992.

Bagi acara beregu lelaki, cabaran negara diterajui pasangan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, selain Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta gandingan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.


Skuad lelaki kebangsaan sebelum ini diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland.

Sementara itu, bagi saingan Piala Uber 2026, skuad negara menyaksikan kembalinya gandingan utama beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah, sebagai sandaran utama selain pasangan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting serta Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah.

Pearly-Thinaah sebelum ini tidak menyertai edisi 2024 di Chengdu, China bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris.

Dalam pada itu, skuad perseorangan wanita menyenaraikan empat pemain diketuai K. Letshanaa bersama Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei.

Skuad wanita turut diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turki dan Afrika Selatan - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/775315/berita/sukan/zii-jia-sah-sertai-piala-thomas-2026


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 10:07 PM GMT+8 , Processed in 1.210806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list