CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] TFC pasukan pertama ikat JDT di Liga Super musim ini

[Copy link]
Post time 11-4-2026 08:42 PM | Show all posts |Read mode
TFC pasukan pertama ikat JDT di Liga Super musim ini

Oleh Rizar Mohd Noor - April 11, 2026 @ 7:40pm




Pemain JDT, Ager Aketxe Barrutia (tengah) diasak pemain Terengganu FC, Kyaw Min Oo (dua kiri) pada Liga Super Malaysia 2025/2026 antara JDT menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim. NSTP/NAJMI NOR’AZAM



ISKANDAR PUTERI: Rekod bersih 20 kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) tercalar selepas sekadar seri 1-1 dengan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Xisco Munoz yang dinobat juara liga 12 musim berturut-turut masih kekal dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 21 perlawanan tatkala berbaki tiga aksi yang perlu diharungi iaitu berdepan Melaka FC 28 April ini disusuli KL City FC) 2 Mei dan aksi terakhir menentang Kelantan The Real Warriors (TRW) 10 Mei ini.

Sebaik babak pertama bermula, JDT mencetus kegusaran di benteng skuad Penyu apabila bola hantaran lintang Corbin Ong pada minit ke-10 ditanduk Bergson da Sllva yang memaksa penjaga gol pelawat, Muhammad Rahadiazli Rahalim merebah badan untuk menepis bola keluar.

Sekali lagi Muhammad Rahadiazli bertindak cemerlang apabila menafikan bola tandukan Afiq Fazail yang tepat menuju ke sudut kanan gawang pada minit ke-15 berpunca daripada bola sepakan lintang Corbin.

Memasuki minit ke-21, JDT berjaya memecah kebuntuan selepas bola lorongan Afiq membuka ruang buat Bergson yang tidak di kawal tatkala berada di kotak penalti menolah tepat bola menewaskan Muhammad Rahadiazli.

Bagaimanapun, skuad Penyu melakar kejutan pada minit ke-35 selepas berjaya bangkit menyamakan jaringan selepas bola umpanan Gervane Kastaneer menyaksikan Ehson Panjshanbe sempat mendada bola sebelum merembat kencang tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Bersambung babak kedua, JDT terlepas peluang untuk kembali berada di depan pada minit ke-55 selepas bola lorongan Nacho Mendez menyaksikan Afiq Fazail melakukan rembatan tatkala berada di dalam kotak penalti namun Muhammad Rahadiazli bertindak pantas merebahkan badan untuk menepis bola keluar.

Malang buat JDT apabila peluang terbaik mencipta jaringan pada minit ke-78 tidak kesampaian selepas bola rembatan pemain gantian Syahmi Safari yang menerima umpanan Ajdin Mujagic terkena palang dan melantun keluar ketika Rahadiazli sudah tertewas.

Walaupun Harimau Selatan bertali arus mengasak ke kubu skuad Penyu bagi memburu kemenangan namun kekentalan benteng pelawat yang begitu berdisplin mengekang asakan dan percubaan berbahaya tuan rumah berjaya memastikan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/04/1532430/tfc-pasukan-pertama-ikat-jdt-di-liga-super-musim-ini





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Netizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angle’
misszaitunNetizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angl
Views : 2959 Replies : 237
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 1809 Replies : 4
Mak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secret Recipe Ini Buat Netizen Terpinga Pinga
YgBenarMak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secre
Views : 894 Replies : 41
Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di Asia - Gogolook
tatodMalaysia catat kebocoran data peribadi t
Views : 40688 Replies : 2
Kenapa Google mintak pelik pelik?
AbukRokokKenapa Google mintak pelik pelik?
Views : 29192 Replies : 16
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 289000 Replies : 1556
Jenis-jenis Teman Wanita!
Van_DetteJenis-jenis Teman Wanita!
Views : 4962 Replies : 16
DUIT OH DUIT...
AyaqMeloSuamDUIT OH DUIT...
Views : 29322 Replies : 157
Korang Kenapa selfie sorang sorang
YgBenarKorang Kenapa selfie sorang sorang
Views : 11916 Replies : 53
V85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BUAT LAKI, DAPAT 2 ANAK AUTISTIC
taliaV85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BU
Views : 306113 Replies : 9901

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.390244 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list