CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 150|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Persiapan anjur LTdL 2026 perlu digerakkan segera

[Copy link]
Post time 10-4-2026 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Persiapan anjur LTdL 2026 perlu digerakkan segera

Oleh Sukhairi Thani - April 10, 2026 @ 4:20pm




Pelumba Tudor, Arvid de Kleijn berjaya memenangi perlumbaan peringkat kedua Le Tour De Langkawi (LTDL) 2025 dari Padang Besar ke Kepala Batas dengan jarak perlumbaan sejauh 166.1km. NSTP/OSMAN ADNAN



KUALA LUMPUR: Tempoh kira-kira enam bulan sebelum penganjuran Tour de Langkawi (LTdL) 2026 yang dijadual berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober ini menuntut segala persiapan digerakkan segera bagi memastikan kelancaran perlumbaan berprestij itu.

Sehubungan itu, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur dalam masa terdekat, termasuk memuktamadkan senarai pasukan antarabangsa yang bakal dijemput.

Presidennya, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pada 8 April lalu sebagai satu kelegaan besar selepas sekian lama menunggu kelulusan berkenaan, selain menegaskan persiapan untuk edisi tahun ini perlu digerakkan segera.

"Dengan hanya berbaki masa enam bulan ini sebelum perlumbaan bermula, segala persiapan perlu digerakkan segera bagi memastikan LTdL 2026 berjalan lancar dan mencapai standard tertinggi," kata Amarjit dalam satu kenyataan.

Justeru, Amarjit berkata, PKBM akan sentiasa memberi sokongan penuh dan bekerjasama rapat dengan KBS dan MSN bagi memastikan kelancaran LTdL sehingga 2028.

"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, sejak MSN mengambil alih penganjuran pada 2023, acara LTdL dianjurkan dengan sangat baik, dengan edisi 2025 disifatkan sebagai satu penganjuran yang sempurna," katanya.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dilaporkan berkata, KBS memperoleh kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk menjadi penganjur LTdL bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini.

Katanya, untuk LTdL 2026, ia akan membabitkan kos RM12 juta yang dimohon menerusi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) dan pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak tajaan bagi menjayakan perlumbaan berprestij ini.

Dalam pada itu, Amarjit turut menzahirkan penghargaan atas keputusan Jemaah Menteri itu atas pengiktirafan terhadap kepentingan perlumbaan berprestij berkenaan.

"PKBM amat gembira dengan keputusan Kabinet. LTdL bukan sekadar perlumbaan berbasikal, tetapi ia satu projek nasional yang membawa impak besar kepada imej dan pembangunan sukan negara di peringkat antarabangsa," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1531997/persiapan-anjur-ltdl-2026-perlu-digerakkan-segera





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 06:56 PM GMT+8 , Processed in 1.278094 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list