CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Program RTG bakal ditambah baik

[Copy link]
Post time 10-4-2026 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Program RTG bakal ditambah baik

Oleh Mohd Amin Jalil - April 10, 2026 @ 4:35pm





Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengayuh basikal bersama jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang ketika mengadakan lawatan di Velodrom Nasional. - BERNAMA



NILAI: Sebarang keputusan termasuk perubahan atau langkah baharu berhubung program Road to Gold (RTG) akan diumumkan selepas mesyuarat RTG dijadual Mei depan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, yang memaklumkan penilaian menyeluruh terhadap program berkenaan termasuk perancangan masa depan, akan menjadi perkara utama dalam mesyuarat berkenaan.

Katanya, ia juga akan mengambil kira sebarang penambahbaikan susulan perubahan dalam kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"RTG kita akan bermesyuarat pada Mei ini, insya-Allah kita akan melihat dan menilai apa juga berkenaan dengan sukan-sukan dan strategi kita melakukan penambahbaik bagi kepentingan sukan dan atlet di masa akan datang.

"Apa juga perubahan ataupun langkah seterusnya akan kita umumkan selepas mesyuarat itu nanti," katanya kepada media selepas mengadakan sesi lawatan ke Velodrom Nasional dan Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Nilai termasuk menemui atlet memanah, silat, tinju dan lumba basikal, hari ini.

Mohammed Taufiq turut menyatakan keyakinan terhadap keberkesanan program RTG dalam membantu atlet negara mencapai prestasi terbaik di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menegaskan kepentingan pembangunan atler pelapis dalam memastikan kesinambungan sukan negara serta mengelakkan jurang generasi yang lebar.

"Yang paling penting sekarang adalah untuk kita menyediakan atlet pelapis kita, kita tidak boleh ada jurang yang besar.

"Atlet-atlet lama dan berpengalaman perlu menjadi ejen untuk memberikan semangat kepada anak muda dan rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta menjadi ejen perpaduan yang menyatukan kita semua," katanya.

Mengenai geran padanan sukan, Mohammed Taufiq berkata, pihaknya akan meneliti semula permohonan rayuan dikemukakan oleh Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Katanya, geran itu yang diluluskan sebelum ini perlu dinilai semula di peringkat jawatankuasa sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1532016/program-rtg-bakal-ditambah-baik





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Netizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angle’
misszaitunNetizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angl
Views : 2959 Replies : 237
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 1809 Replies : 4
Mak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secret Recipe Ini Buat Netizen Terpinga Pinga
YgBenarMak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secre
Views : 894 Replies : 41
Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di Asia - Gogolook
tatodMalaysia catat kebocoran data peribadi t
Views : 40688 Replies : 2
Kenapa Google mintak pelik pelik?
AbukRokokKenapa Google mintak pelik pelik?
Views : 29192 Replies : 16
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 289000 Replies : 1556
Jenis-jenis Teman Wanita!
Van_DetteJenis-jenis Teman Wanita!
Views : 4962 Replies : 16
DUIT OH DUIT...
AyaqMeloSuamDUIT OH DUIT...
Views : 29322 Replies : 157
Korang Kenapa selfie sorang sorang
YgBenarKorang Kenapa selfie sorang sorang
Views : 11916 Replies : 53
V85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BUAT LAKI, DAPAT 2 ANAK AUTISTIC
taliaV85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BU
Views : 306113 Replies : 9901

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.078414 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list