CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2744|Reply: 24

"Selamat pengantin baharu Khairul dan Ina Naim" – Mawi titip ucapan buat ‘bekas tunang’

[Copy link]
Post time 10-4-2026 12:48 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik fotonya bersama Ina Naim dan anaknya, Hadie.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 45, tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat pengantin baharu kepada bekas tunangnya itu.

“Selamat pengantin baharu Khairul dan Ina Naim. Moga Allah merahmati keluarga kalian,” tulisnya.

Hantaran tersebut dibanjiri komen netizen yang teruja dan gembira melihat ukhuwah terjalin antara mereka.

“Bila dua-dua berlapang dada dan berhati suci, Insya-Allah yang baik-baik mengiringi. Ini baru betul ‘world’,” komen netizen.

Ada juga netizen yang berseloroh mungkin mereka berdua akan menjadi besan satu hari nanti.

“Tak ada jodoh. Mana tahu kot-kot nanti jadi besan. Maaf gurau sahaja,” komen netizen.

Turut kelihatan dalam foto itu suami baharu Ina iaitu Mohd. Khairul Rizal Mohd. Shukor

Netizen turut mencadangkan agar Mawi menghasilkan lagu duet bersama Hadie yang merupakan bekas peserta Talk To My Manager musim pertama.

Untuk rekod, Mawi dan Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 42, pernah mengikat tali pertunangan lebih 20 tahun lalu sebelum Mawi menyertai AF3.

Bagaimanapun, ikatan itu terlerai pada tahun 2006. Kisah perpisahan mereka mendapat liputan meluas kerana populariti Mawi yang luar biasa ketika itu.

Ina akhirnya bertemu jodoh dengan penyanyi nasyid iaitu Allahyarham Suhaimi Saad pada 2007 manakala Mawi pula berkahwin dengan pelakon, Ekin Rahmat pada tahun berikutnya.


Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Memasing dah tua dah beranak pinak nak bergaduh apanya lg.elok jela bebaik
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:08 PM | Show all posts
memasing dah move on jauh beribu batu dah aih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:23 PM | Show all posts
wahhhh

jdkan ratu dgn tokwie & yusry sbg contoh



industri kecik

pusing2 akn jumpa jgk

be profesional, ada yg nk ambik gmbr sekali, boleh je

tp takat tu je lah kot

hehehhe


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:25 PM | Show all posts
Ok la tu takkan sampai hujung usia nak bermusuh kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:33 PM | Show all posts
Wahh ok la gini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 04:44 PM | Show all posts
aikk, baru nak wish ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 05:24 PM | Show all posts
eh.. bkn Ina naim dh lama kawin ker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas bapanya tak ada, dapatlah anak nya merasa pakai baju baru/baru.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Merasalah kerol jadi gelemer sebelah2 dgn retis sendu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 10-4-2026 05:24 PM
eh.. bkn Ina naim dh lama kawin ker..

laki yg dulu dah meninggei. harap2 laki baru ni tak la segila laki yg dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa arwah hidup kemain ko bongkak sama2 dgn sohai mengata mawi
Mujur mawi jenis tak suka gaduh dgn org
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sendu la tu. Tetiba angin takde ribut takde. Bila bini ko yang viralkan makcik jual seafood tu nak mintak maap secara terbuka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Benang ni sendu juga. Kita2 je kasi up
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 10-4-2026 05:24 PM
eh.. bkn Ina naim dh lama kawin ker..

kan... Ai pun hairan.
Dan dan ucap tahniah.

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2025/03/25/anak-kedua-tak-setuju-ina-naim-kahwin-lagi-ingatkan-janji-mahu-jumpa-suhaimi-saad-di-syurga
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dah sendu. Hari tu siap cerita dapat hadiah spender pun takde orang kisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2026 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dh 20thn dh ye trending tsumawi
time flies so fast
mawi pun dh 45 ye

laju betul masa
sedar xsedar kita pun ikut menua di sebalik segala trending ni semua

insof jap
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap jap bukan dah lama ke kawennya si ina ni. Awat trobek sgt wish
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 03:11 PM | Show all posts
mesti ina cakap kt anak dia.. itulah bapak ko yg tak jadi.. eh klu jadi, ko pun takde.. giteww
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 03:53 PM | Show all posts
Haibara-san replied at 10-4-2026 01:46 AM
laki yg dulu dah meninggei. harap2 laki baru ni tak la segila laki yg dulu

Tak gila, tapi yenna kata persis arwah.... hahahaha.
Laki baru she peminat arwah, geng2 taksub flat earth jugekkk...
Laki baru tak keja, sebelum kawin dah benti keja tetap, nak fokus online trading katanya...hahaha
Ke hulu ke hilir ikut yenna gi meniaga & buat live...

Awal-awal kawin pun yenna dah warning anak jangan harap duit apak tiri, kena cari duit sendiri...kesiannnn...
Laki she duda anak dua bukan bujang pun..

https://www.hmetro.com.my/rap/ra ... ng-senang-bapa-tiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2026 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.079613 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list