CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3237|Reply: 29

Kemelut Rumah Tangga Berpanjangan, Luahan Hati Betty Banafee Raih Perhatian - ‘Ada 17 Kes Saman Cukup-Cukuplah"

[Copy link]
Post time 10-4-2026 12:22 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon, Betty Banafee, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas berkongsi luahan emosi di platform digital mengenai konflik berpanjangan dengan bekas suaminya.

Dalam perkongsian tersebut, beliau mendedahkan bahawa pertikaian melibatkan hak penjagaan anak telah berlarutan sehingga lapan tahun, melibatkan turun naik mahkamah hampir setiap bulan. Situasi itu menjadi semakin rumit apabila sebanyak 17 kes saman difailkan terhadapnya, termasuk lima kes komital yang menurutnya tidak berkaitan secara langsung dengan perintah penjagaan sementara.

Menurut Betty, tekanan yang dihadapi bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah turut menjejaskan emosi anak-anak. Beliau meluahkan kebimbangan terhadap persekitaran yang didakwa dipenuhi unsur negatif setiap kali anak-anak bertemu dengan keluarga bekas suami.

Lebih menyedihkan, beliau mempersoalkan tindakan bekas suami yang didakwa lebih cenderung untuk bertarung di mahkamah berbanding memberi fokus kepada kebajikan dan masa depan anak-anak, termasuk aspek kewangan dan kestabilan hidup.

Dalam masa sama, Betty turut mendedahkan bahawa siasatan melibatkan pakar psikologi terhadap anak-anak dan ahli keluarga telah dijalankan, dengan hasil yang mendapati tiada unsur penderaan serta menggambarkan perwatakan mereka sebagai positif.

Beliau juga menyentuh tentang beban kewangan dan prosedur perundangan yang dianggap membebankan, termasuk keperluan untuk menjawab pelbagai afidavit serta isu teknikal seperti lanjutan tempoh dan semakan kes yang memakan masa panjang.

Imbas kembali, Betty menjelaskan bahawa ketika perceraian, beliau tidak menuntut nafkah mutaah, nafkah eddah mahupun harta sepencarian, sebaliknya hanya mengharapkan perpisahan secara aman demi ketenangan diri dan masa depan yang lebih baik.

Di akhir luahannya, beliau menyeru agar pihak peguam memainkan peranan lebih beretika dengan memberi nasihat yang adil kepada anak guam, bukannya memburukkan lagi keadaan melalui tindakan yang boleh memanjangkan konflik.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang menyatakan simpati serta berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan secara baik demi kesejahteraan anak-anak.


  



Untuk makluman, Betty Banafee telah mendirikan rumah tangga bersama Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum pasangan ini berpisah secara rasmi pada 10 Julai 2019.

Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Julia Claire Dargus yang kini berusia 13 tahun dan Bruce Dean Dargus, 10 tahun. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 pon xsuka.yg kecik siap menyorok lagi.apo la bapak mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Exshuben sheols yg pegang kamera tu..  bukan yg pegang phone
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku la kannn...xmenahan kamera tu..ko nak buat dokumentari ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa apa laki nya nih...Pakistan?? Arab??
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 10-4-2026 12:53 PM
Bangsa apa laki nya nih...Pakistan?? Arab??

Lebanese mix british katanyerrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 01:05 PM | Show all posts
menggigil2 tgn pocik baju kuning tu..dia takut gak sebenarnya tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok anak perempuan dia. Nampak sangat mature senyum je tengok family ayah nye datang menyerang. Budak lain mesti trauma, nampak sangat dh biasa sangat deal dengan drama bapak nye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 01:36 PM | Show all posts
sakit hati la tgk video tu. kesian anak2 dia... diorg dah boleh pilih kot nak tinggal ngan sapa and nak ikut ayah dia ke tak... must be something wrong la kalau dia xnak ikut ayah dia walaupun on the weekend only... stress la budak2 tu.. nanti boleh jd childhood trauma smp ke besar....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 03:28 PM | Show all posts
mentalnya jantan gini. pdhal dia nak feed his ego jer. entah apa lah sakit hati sgt tgk anak2 tu bahagia. eh aku lah, geram betul jantan spesis gini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 10-4-2026 12:30 PM
Aku la kannn...xmenahan kamera tu..ko nak buat dokumentari ke apa


adoii. Aku pun tergelak.. Besar betul camera tu.. Pakai phone je la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 05:27 PM | Show all posts
Ya Allah...sampai ank2 pn xnk ngn bapaknya.. kes x juga selesai.. btl punya lembab ye system kita nie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 10-4-2026 01:29 PM
Suka tengok anak perempuan dia. Nampak sangat mature senyum je tengok family ayah nye datang menyera ...

Kat tt anak dia ni ada jelaskan pasal kes ni
Dia minta maaf kalau dia nampak cam kuangjaq ke apa tapi dia kata dia sebenarnya dah penat sgt nak hadap.
Dah bertahun2 dia cakap, bayangkanlah dah 8 tahun bercerai selama tu la anak dia lalui drama ni
Kalau betul sayangkan anak biarkan jela anak buat pilihan percaya la dia akan lebih sayangkan ibubapa yg tak beri tekanan kat dia
Kalau dia ada rasa tak selesa ngn bapa dia itu hak dia.anak2 tak minta pun mak pak bercerai berai tp satu2nya mangsa paling teruk terkesan adalah anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Benafe village bukan dia punya ke? Naper cakap ada masalah kewangan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi halau la semua pendatang2 ni
Bt semak malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 12:58 AM | Show all posts

Kalau budak itu tak nak meaning tak nak laaaa .. tapi setengah orang akan ckp mak budak itu yg tak bagi pergi spt satu case baru baru ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2026 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo aku dpt apak l, atok nenek camtu pun aku taknak ikut. Gila btol, provoke cam pondan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 09:05 AM | Show all posts
apedehal replied at 10-4-2026 05:30 AM
Aku la kannn...xmenahan kamera tu..ko nak buat dokumentari ke apa

vavi laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa kalo betty emphasis soal nafkah anak lagi bagus kot.panjang2 karangan pun tak guna  org tak paham jugak hujung pangkal. dlm video tu  ada soklan dari  anak  bab tak bayar sekolah yg tak dijawab
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xleh tgk abis tiap kali video pasal ni lalu…sian sgt tgk budak2 tu
Plus acik JKM pun ada gak nyibuk, nyampahnya!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.641503 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list