CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5841|Reply: 77

Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

[Copy link]
Post time 10-4-2026 09:28 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Azar Azmi, 37, akhirnya tampil berkongsi kisah sebenar kehidupannya yang selama ini menjadi persoalan ramai sejak lebih enam tahun tidak aktif dalam dunia hiburan.

Menerusi temu bual eksklusif dalam program Melodi TV3 malam tadi, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, menjelaskan dia tidak pernah menghilangkan diri seperti didakwa sebelum ini.


  


Sebaliknya, dia memilih menjalani kehidupan sebagai suri rumah dan memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga tanpa tampil di khalayak.

Pelakon drama bersiri Nur 2 ini menjelaskan keputusan untuk tidak aktif dalam bidang lakonan bukan datang daripada dirinya sendiri, sebaliknya sebagai menghormati permintaan keluarga mentua walaupun dia tidak pernah mengumumkan berhenti berlakon secara rasmi.

Berkongsi mengenai kehidupan rumah tangga, Azar mengakui emosinya sering bercampur dan ada kalanya berasa cemburu melihat kebahagiaan pasangan lain.

“Saya banyak habiskan masa dengan anak-anak dan itu yang buat saya terus kuat. Saya impikan keluarga yang kekal sampai bila-bila, tapi saya tak jangka perkara jadi seperti ini,” katanya.

Nama Azar kembali menjadi perhatian apabila dia dan suami ditahan polis baru-baru ini berkaitan kes penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia serta urusan darjah kebesaran pada Mac lalu.

Mengimbas detik tersebut, Azar mengakui terkejut apabila ditahan tanpa memahami sepenuhnya apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika itu dia sudah lama tidak mempunyai telefon dan terputus hubungan dengan dunia luar.

“Saya ikut semua prosedur siasatan seperti orang lain. Tapi bila dah keluar, ada pula yang persoalkan macam mana saya boleh bebas. Itu semua saya tak boleh kawal, orang memang akan bercakap,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azar menafikan dakwaan bahawa dia menjalani kehidupan mewah seperti yang digambarkan.

Dia mendedahkan pernah berniaga kecil-kecilan termasuk menjual durian dan cempedak untuk menyara keluarga, malah pernah meminta bantuan rakan artis bagi keperluan anak-anak.

“Orang mungkin tak percaya bila saya cakap saya tak hidup mewah seperti yang ditulis. Kalau betul saya ada semua itu, tentu saya sendiri akan rasa senang. Tapi realitinya sangat berbeza,” katanya.

Tambahnya, dalam keadaan yang dihadapinya kini, fokus utamanya hanyalah untuk membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan.

“Bila semua ini berlaku, saya tak boleh fikir apa orang nak kata. Apa yang penting sekarang, saya kena jaga anak-anak,” jelasnya dalam nada sebak.

Azar turut berkongsi detik paling sukar apabila dirinya ditahan di lokap, yang disifatkan sebagai pengalaman paling gelap dalam hidupnya.

“Masa itu saya rasa sangat keseorangan. Tiada tempat untuk mengadu, hanya ada diri sendiri dan doa. Saya cuma harap kebenaran akan terbukti dan anak-anak saya di luar sentiasa dilindungi,” katanya.

Dia juga mengakui pernah terlalu mempercayai orang sehingga memberi kesan besar terhadap kehidupannya.

Walaupun berdepan pelbagai ujian termasuk kehilangan tempat bergantung dan kegagalan rumah tangga yang diimpikan, Azar bersyukur masih mempunyai adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan.

Selain itu, dia turut menghargai sokongan segelintir masyarakat yang tidak dikenali tetapi tetap memberikan kata-kata semangat.

“Doakan saya terus kuat. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong. Saya sedang cuba bangkit semula walaupun terpaksa bermula dari bawah,” katanya.

Untuk rekod, Azar sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah peribadi termasuk perkahwinannya dan jarang aktif di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Difahamkan, dia mendirikan rumah tangga bersama Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri dan dikurniakan dua cahaya mata.




Sumber - xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 10:26 AM | Show all posts
Tu la pengajaran buat artis dan acik porem ingat 5 sebelom 5 jgn asyik nak kejar glemer jer yaachh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Org takut kena scam..dh la kome kawen pun senyap2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk dia kena control ye..Handphone pun tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:15 AM | Show all posts
lakinya tu dah ada sampai 6 ke 7 org kan?

tmbh lg 2 dgn dia, tu yg total 8 ke 9?

mcmn laaa yg blh sangkut



dia dan suami ditahan polis baru-baru ini berkaitan kes penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia serta urusan darjah kebesaran pada Mac lalu.

Mengimbas detik tersebut, Azar mengakui terkejut apabila ditahan tanpa memahami sepenuhnya apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika itu dia sudah lama tidak mempunyai telefon dan terputus hubungan dengan dunia luar.


....right...

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bodoh sgt stay in marriage
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 11:49 AM | Show all posts
tgk video melodi interview die.. sedih plk
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:56 AM | Show all posts
muka lawa, nampak pandai, berlakon pun bagus... macamana la boleh ended up dengan jantan macam tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana dia jumpa suami dia tu? Yg ingat tiba² je senyap semua org tercari² masa tu tgh top lg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam tgk mata hazel.. hmmm je lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyondol gone wrong ke camne ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Dah mcm amelina masa mula2 kawin dl lah ye
Tgl semua masa tgh popular demi keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:31 PM | Show all posts
dia minta tolong tu macam mana?
pinjam phone orang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
salahhh pilij zantan ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:40 PM | Show all posts
selalunya kalau scammer mmg mcm ni , xde phone la.. xde line la.. xde itu xde ini. time scam guna apa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu ada thread janna nick kata ada azar mtk bantuan kn.. Tp bila janna call, suami azar yg angkat.. Mmg dia xpegang phone lgsg la kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dosa scam org. Kisah benar kenalan meols kesian sbb sampai buat loan. Dua, tiga minggu menghilang dari kerja, org jumpa nmpak mcm org tk betul dah. Rumahtangga porak peranda. Alhamdulillah skrg dah ok bantuan kawan2.

Hopefully si azar ni tak bersubahat scam org.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss bila tengok Azar mesti teringat mcm sorang lagi retis, yg nama dia Aisyah, dedua berlakon best dan
lawa..kalau dlm drama salu pegang watak pembantu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Never yach live life ikut n menghormati permintaan keluarga mertua lagi2 kalau red flag damnnn Azar
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 03:31 PM | Show all posts
Azar kawen jantan tu kena minyak pengasih ke azar???
Takkan secantik azar boleh berkenan duda haprak scammer mcm tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.970178 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list