CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 1

Trump ancam tarif 50 peratus kepada negara bekal senjata kepada Iran

[Copy link]
Post time 9-4-2026 09:44 AM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran keras kepada mana-mana negara yang membekalkan senjata kepada Iran dengan mengancam untuk mengenakan tarif segera sebanyak 50 peratus ke atas semua barangan yang dijual ke AS.

Trump dalam kenyataan di platform Truth Social menyatakan, mana-mana negara yang menyalurkan senjata ketenteraan kepada Iran akan dikenakan tarif menyeluruh tanpa sebarang pengecualian atau kelonggaran.

Trump menegaskan tindakan itu berkuat kuasa serta-merta dan merangkumi semua jenis barangan yang dieksport ke AS.

Dalam perkembangan sama, Trump memaklumkan pentadbirannya sedang mengadakan perbincangan berkaitan tarif dan kemungkinan pelepasan sekatan terhadap Iran.

Perkara itu dinyatakan beberapa jam selepas Presiden AS itu mengumumkan gencatan senjata sementara dengan Tehran, yang bersetuju membuka semula Selat Hormuz buat sementara waktu.

Sumber :– Buletin TV3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2026 09:48 AM | Show all posts
dia kalau dah dasar pengecut ni ugut orang jelah keja nya.
puiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041341 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list