CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 797|Reply: 8

Sherry Ibrahim tepis fitnah, tegas tolak buli di media sosial - "Ya Allah, kenapa perlu bersangka buruk"

[Copy link]
Post time 8-4-2026 05:56 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Sherry Ibrahim, 43, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa hantaran terbaharu di media sosialnya bersifat sindiran atau ditujukan kepada mana-mana individu.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim berkata, perkongsian tersebut hanyalah berkaitan dirinya sendiri dan bertujuan memberi inspirasi kepada mereka yang memerlukan.

"Ya Allah, kenapa perlu bersangka buruk dan membuat andaian tanpa disedari? Kalian tak takut dengan fitnah dan tuduhan? Hantaran saya di media sosial berkaitan dengan saya dan apa yang saya kongsikan adalah untuk mereka yang memerlukan. Itu sahaja," tulisnya di Threads.

Sherry turut menyuarakan rasa terkilan terhadap tanggapan negatif segelintir netizen terhadap perkongsiannya.

Dalam hantaran lain, bintang drama Teduhan Kasih itu menegaskan bahawa dia memilih untuk berdiam diri sebagai tanda hormat, tetapi tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk buli.

"Saya berdiam diri atas dasar hormat, tetapi saya tidak akan sesekali menghormati perbuatan membuli. Jangan paksa saya ke tahap itu. Jangan salah anggap kesabaran saya sebagai orang yang lemah.

"Jadi tolong hadam perkara ini! Kebaikan tidak memerlukan apa-apa kos. Buli menggambarkan segalanya. Dan kesabaran? Ada hadnya. Jadi perkara ini perlu dihentikan," tegasnya.


Sumber :– Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm apa yg dia post tu. Kat thread ke. Maafler algorithm kat thread i jarang keluar retis atau kapal2, sbb bila keluar je i mmg click not interested.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 09:12 AM | Show all posts
entahlah nyah, iols selalu rasa chuols hanya kekasih yg tak dianggap oleh woody, maka chuols kekal irrelevant.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 10:16 AM | Show all posts
cherry tetap mencobaaaaaaahhh, acah2 support....walaupun bini baru ex dah buntingggg... hihihi masih feeling2 support ex sekolam renang di bali.. ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss sampai hari ni kena block oleh ahkak cherry sbb iols comment dia pakai legging sama warna dgn kulit...sentap terus ahkak tu????
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 9-4-2026 10:16 AM
cherry tetap mencobaaaaaaahhh, acah2 support....walaupun bini baru ex dah buntingggg... hihihi masih ...

Ade gambau die dgn ex dlm kolam kt bali chuolss? Nape iols tak penah tau kes ni? Ehhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2026 12:01 PM | Show all posts
scha1008 replied at 8-4-2026 05:24 PM
Ade gambau die dgn ex dlm kolam kt bali chuolss? Nape iols tak penah tau kes ni? Ehhh

google je sherry-fattah-bali , klik image, gambar no.1
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 9-4-2026 12:01 PM
google je sherry-fattah-bali , klik image, gambar no.1

Iols dah google, takde penampakan gambar yg pelik2. Gambar ramai2 ade lah. Iols husnuzon diorang bercuti bilik asing laki pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2026 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
knp org x suka dia ehhh?? ada pape isu yg dibangkitkan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 09:46 PM GMT+8 , Processed in 1.499797 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list