CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aaron-Wooi Yik mudah ke pusingan kedua

[Copy link]
Post time 8-4-2026 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Aaron-Wooi Yik mudah ke pusingan kedua

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





AARON (kanan) dan Wooi Yik lepasi pusingan pertama FOTO AFP




Kuala Lumpur: Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC), hari ini.

Turun selaku juara bertahan, Aaron-Wooi Yik jelas berada pada prestasi terbaik apabila mempamerkan corak permainan yang cukup meyakinkan untuk mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-15 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China.

Menanti beregu nombor dua dunia itu esok adalah pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi selepas turut mara dengan mengalahkan pasangan Hong Kong, Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi 21-15, 21-16.

Sementara itu, satu lagi pasangan negara, Arif Junaidi-Yap Roy King pula gagal mengikut jejak senior mereka selepas tewas kepada beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-17, 20-22 dalam masa 76 minit.

Selain itu, perjalanan pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terhenti di pusingan pertama selepas tewas kepada wakil Indonesia, Jonathan Christie 13-21, 8-21 dalam masa 36 minit.

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pula gagal menamatkan perlawanan apabila terpaksa menarik diri ekoran kecederaan dan tidak dapat meneruskan aksi hingga ke mata terakhir.



Disiarkan pada: April 8, 2026 @ 1:57pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2026/04/1343122/aaron-wooi-yik-mudah-ke-pusingan-kedua




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.098859 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list