CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 1

Giliran Russia, China guna veto terhadap usul disokong AS

[Copy link]
Post time 8-4-2026 02:50 PM | Show all posts |Read mode





Washington: Russia dan China menggunakan kuasa vetonya dalam satu resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berhubung pembukaan semula Selat Hormuz.

Resolusi itu untuk negara Teluk mendapatkan 'lampu hijau' bagi penggunaan kekerasan bagi melindungi laluan perkapalan penting itu.

Draf resolusi yang disediakan Bahrain dan disokong Amerika Syarikat (AS) menerima 11 undi menyokong, dua menentang dan dua berkecuali.

Menteri Luar Bahrain, Abdullatif Rashid Al Zayani berkata, negara Teluk 'kesal' dengan keputusan itu.

Iran mengenakan sekatan berkesan ke atas laluan perairan penting itu sejak AS dan Israel melancarkan perang pada 28 Februari lalu yang mencetuskan kesan berantai terhadap ekonomi global.

Undian itu dibuat beberapa jam sebelum ultimatum Presiden AS, Donald Trump kepada Tehran supaya membuka selat itu yang biasanya membawa satu perlima daripada minyak dunia.

Duta AS ke PBB, Mike Waltz berkata, keputusan undian itu tidak menyekat negara itu untuk terus bertindak dalam mempertahankan diri serta sekutu dan rakan mereka.

Dalam pada itu, Abdullatif berkata, kegagalan meluluskan resolusi itu menghantar isyarat yang salah kepada dunia.

Sementara itu, Duta Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani berkata, teks itu direka untuk menghukum mangsa kerana mempertahankan kedaulatan dan kepentingan nasional pentingnya di Teluk Parsi dan Selat Hormuz.

Beliau berkata, jika draf itu diterima, ia boleh membuka ruang kepada tafsiran terlalu luas dan berbahaya yang mewajarkan penggunaan kekerasan serta tindakan tidak sah yang melanggar Piagam PBB.

Draf resolusi terbaharu menggalakkan negara menyelaraskan usaha bersifat pertahanan bagi memastikan keselamatan pelayaran termasuk melalui pengiring kapal dagang dan komersial.

Ia juga menuntut Iran segera menghentikan semua serangan terhadap kapal dagang dan komersial serta cubaan menghalang kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.

Rusia dan China pula berkata, mereka akan mencadangkan satu draf resolusi alternatif yang menyeru semua pihak menghentikan serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam.

Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2026 12:34 AM | Show all posts
dah orang tua yang nak bergaduh, apa kata kita buat je diorang fight 1 on 1.

bagi glove, pakai seluar pendek, buh atas ring. bulatkan kertas, hah, ni kepala bapak kau, ni kepala bapak aku, kalau berani pijak. ala-ala labu-labi  

sapa menang, menang perang, gituuu
geliga tak otak iols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 05:21 AM GMT+8 , Processed in 1.096406 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list