CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 748|Reply: 4

‘Jumpa Malique Tak Boleh Tangkap Gambar, Masuk Medsos’ - Yonnyboii

[Copy link]
Post time 8-4-2026 11:02 AM | Show all posts |Read mode





BUKAN semua orang diberi peluang bekerjasama dengan legenda hip-hop, Malique yang keberadaannya kini menjadi misteri, namun buat Yonnyboii dia sudah beberapa kali menjalin kolaborasi dengan rapper terbabit.

Yonnyboii atau nama lengkapnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 28, kini sekali lagi bekerjasama dengan figura hebat itu menerusi single khas berjudul Infiniti – Kita Up yang turut menampilkan Kidd Santhe.

Kata Yonnyboii, selain bekerja secara online untuk menghasilkan muzik, dia pernah sekali bertemu empat mata dengan susuk figura diberi gelaran Mr. General itu di studio milik rapper terbabit di Damansara, Selangor.

Menurutnya, Malique masih seperti dahulu, tidak banyak berubah dari segi fizikal dan masih kaya dengan ‘wisdom’ atau kata-kata azimat yang mampu menggoncang dunia.

HIBGLAM: Mungkin boleh ceritakan sedikit tentang single baharu Infiniti – Kita Up yang turut menampilkan Malique dan Kidd Santhe?
YONNYBOII: Infiniti ini Kid Santhe yang tulis dan gubah apa semua. Saya direkrut oleh PUBG Malaysia menyanyikan korus lagu ini. Saya cuba tangkap intipati lagu ini iaitu semangat kemenangan. Cuba bangkitkan semangat pemain-pemain Malaysia kita untuk permainan video ini.

Bagaimana pengalaman bekerja dengan Kidd Santhe?
Saya dah kenal Kidd sejak zaman underground lagi. Baru keluar sekolah, saya dah kenal dia. Kira, dia macam antara inspirasi saya jugalah bikin muzik. Dia pun dahulu buat beat untuk lagu saya dengan Caprice berjudul Takut. Sebab sudah ada pengalaman bersama kalau kerja dengan Kidd memang tiada masalah, memang sekejap sahaja.

Sudah berapa kali Yonnyboii bekerjasama dengan Malique yang keberadaannya masih menjadi misteri sehingga hari ini?
Sebenarnya, ini kali ketiga saya bekerja dengan Malique. Saya ada satu lagu single bertajuk Tanya Tuhan dengan dia dan satu lagi belum rilis lagi tak boleh cakap tapi untuk satu pasukan bola sepak. Kemudian, Infiniti – Kita Up ini lagu ketiga dengan Malique setakat ini.

Anda pernah berjumpa secara berhadapan dengan Malique atau kerja seni semua secara online?
Saya pernah jumpa dia sekali sahaja. Sekitar tahun lepas bukan rakaman atau apa. Cuma ajak jumpa kasual saja lepak borak santai di studionya. Masa jumpa, saya cakap pun tidak, lebih dia yang bercakap kepada saya. Senang cerita, saya startrucked.
Seronok dapat tengok dia masih sihat dan kacak macam dahulu.

Saya lepak dengan dia dari pukul 9 malam sampai 3 pagi. Dengar dia borak sahaja pasal pengalaman. Bagaimana Too Phat boleh naik, dapat perform di Indonesia dan sejarah hidup serta muzik semua. Jumpa memang tak rancang. Dia cuma nak jumpa sebab nak bagi tahu ‘feedback’ lagu Tanya Tuhan depan-depan. Macam mana kita tengok dia dalam TV dahulu, begitu jugalah dia sekarang. Masa jumpa dia banyak bagi nasihat tentang industri dan sebagainya.

Apa nasihat Malique yang masih terngiang-ngiang di telinga Yonnyboii sampai sekarang?
Banyak sebenarnya dan antaranya, jangan dengar apa orang nak cakap. Biar mereka cakap dan kita buat hal kita sahaja. Benda yang simple tapi bagi saya dalam muzik, akan ada banyak ‘kepala’ jadi dia cakap buat je lagu yang kita suka. Jangan terlalu nak puaskan hati orang.

Masa bertemu ada tak do and don’t sebelum dia bersetuju untuk ‘menjelmakan’ diri?
Tak boleh ambil gambar dengan dia. Apatah lagi kongsi semua itu dalam media sosial. Senang cerita memang semua P&C (peribadi dan sulit). Sebelum saya jumpa dia, ada benda kena sign (tandatangan). Saya rasa sebab dia dah lama ‘kurungkan’ diri tapi sebenarnya, dia nak bercakap dengan orang. Bila jumpa seseorang itu, memang dia sangat peramah. Memang banyak topik perbualan.

Sumber : - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 01:59 PM | Show all posts
Benda yang simple tapi bagi saya dalam muzik, akan ada banyak ‘kepala’ jadi dia cakap buat je lagu yang kita suka. Jangan terlalu nak puaskan hati orang.


lepas view lagu tanya tuhan dengan infiniti tu.. erm..

takpela deknon. chuols buat je lagu ye, asalkan chuols suka  
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 03:29 PM | Show all posts
Senang cerita memang semua P&C (peribadi dan sulit). Sebelum saya jumpa dia, ada benda kena sign (tandatangan).


kena sign NDA??? serious la

artis bernombor pun takde smpi gini

tp tetap org cari, support karya2 die

the 1 & only yg jaga betul appearance dgn publik

klu di luar, sia

perform atau dtg talkshow ke, mesti dgn wig menutup muka (kecuali private event)


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebudak pekida suka lagu heolz. Terpaling deep gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 01:20 AM | Show all posts
Tp ko pun x yah la amik gmbr.
Tgk gmbr kt atas pun aku dah depress
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.788997 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list