CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1620|Reply: 3

Hebat betul rakyat Iran, tidak panik dan tiada rasa takut

[Copy link]
Post time 8-4-2026 10:47 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Sikap berani rakyat Iran mencuri perhatian dunia apabila mereka dilihat kekal tenang meskipun berdepan ancaman terhadap negara mereka.

Melalui sebuah hantaran di Threads, keadaan di Bushehr, bandar yang menempatkan loji tenaga nuklear utama Iran, penduduk dilaporkan tidak panik.

Selain itu, terdapat beberapa video memaparkan orang ramai kekal tenang menanti di jalan-jalan raya menunjukkan solidariti mereka walaupun kawasan itu diancam untuk diserang oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Perkongsian video tersebut terus meraih perhatian ramai yang kagum dengan keberanian rakyat Iran yang disifatkan tidak gentar walaupun berdepan tekanan luar.

“Dorang sepakat, tu yang membawa muafakat & berkat. Tapi sememangnya salute keberanian rakyat Iran,” kata Zafry.

“Iran, kamu telah menunjukkan kepada dunia bahawa kamu adalah sebuah negara yang dibina secara berbeza. Kekal kuat, dan semoga Allah sentiasa melindungi Iran dan rakyatnya. Malaysia berdiri bersamamu,” kata Alia.

Semalam Trump, memberi amaran bahawa seluruh tamadun Iran akan musnah tengah malam tadi sekiranya negara itu tidak mematuhi amaran terakhir beliau untuk menerimabeliau sebelum ini sudah menekankan bahawa tentera AS mampu mengebom jambatan, loji janakuasa dan infrastruktur awam lain di Iran sehingga ‘kembali ke zaman batu’. tuntutan perang AS.

Trump sebelum ini menggugut bahawa tentera AS mampu mengebom jambatan, loji janakuasa dan infrastruktur awam lain di Iran sehingga ‘kembali ke zaman batu’.


Sumber : - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 11:40 AM | Show all posts
malaysia pun hebat lah siap baring atas jalan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 08:20 PM | Show all posts
Trump pun sebut Iran adlh civilisation..

Pemimpin mereka sanggup mati utk negara, bukan pengecut mcm sekor tu yg hilang entah ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 09:08 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 8-4-2026 08:20 PM
Trump pun sebut Iran adlh civilisation..

Pemimpin mereka sanggup mati utk negara, bukan pengecut mc ...

Vietnam 2.0


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.408237 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list