CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] JDT mudah layak ke final Piala Malaysia

[Copy link]
Post time 7-4-2026 11:59 PM | Show all posts |Read mode
JDT mudah layak ke final Piala Malaysia

Oleh Rizar Mohd Noor - April 7, 2026 @ 10:15pm







Pemain JDT, Nacho Mendez (kiri) melakukan percubaan pada separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini. JDT menang 4-1 sekali gus layak 8-1 secara agregat. – Foto NSTP/Najmi Nor'Azam



ISKANDAR PUTERI: Penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah tempat ke final Piala Malaysia selepas membenam Kuala Lumpur City (KL City) 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus melangkah dengan agregat 8-1.

Bergson da Silva menjadi watak utama dengan dua gol, manakala Syahmi Safari dan Ajdin Mujagic masing-masing menyumbang satu gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Selatan kendalian Xisco Munoz.

JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-49 menerusi tandukan Bergson hasil hantaran lintang Felipe, sebelum Syahmi menggandakan kedudukan dua minit kemudian selepas menyudahkan bola muntah daripada sepakan lambung Nacho Mendez yang gagal ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Bergson kemudian menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-58 apabila melepasi dua pemain lawan sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang terus menewaskan Hafizul Hakim.

KL City kendalian Risto Vidaković merapatkan kedudukan pada minit ke-67 menerusi tandukan kapten Giancarlo Gallifuoco hasil sepakan sudut Zhafry Yahya yang tidak dikawal.

Namun, JDT terus mengukuhkan dominasi apabila pemain gantian Mujagic menoktahkan kemenangan pada minit ke-88 dengan penyudah kemas dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Mendez.

Pada babak pertama, JDT turut beberapa kali mengancam termasuk sepakan penalti Bergson yang terkena palang serta percubaan Teto Martin yang berjaya dinafikan Hafizul Hakim, namun jaringan hanya hadir selepas rehat sebelum mereka mengesahkan kemenangan.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/04/1530690/jdt-mudah-layak-ke-final-piala-malaysia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2026 09:57 AM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 1809 Replies : 4
Mak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secret Recipe Ini Buat Netizen Terpinga Pinga
YgBenarMak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secre
Views : 894 Replies : 41
Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di Asia - Gogolook
tatodMalaysia catat kebocoran data peribadi t
Views : 40688 Replies : 2
Kenapa Google mintak pelik pelik?
AbukRokokKenapa Google mintak pelik pelik?
Views : 29192 Replies : 16
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 289000 Replies : 1556
Jenis-jenis Teman Wanita!
Van_DetteJenis-jenis Teman Wanita!
Views : 4962 Replies : 16
DUIT OH DUIT...
AyaqMeloSuamDUIT OH DUIT...
Views : 29322 Replies : 157
Korang Kenapa selfie sorang sorang
YgBenarKorang Kenapa selfie sorang sorang
Views : 11916 Replies : 53
Netizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angle’
misszaitunNetizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angl
Views : 2906 Replies : 236
V85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BUAT LAKI, DAPAT 2 ANAK AUTISTIC
taliaV85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BU
Views : 306012 Replies : 9901

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.094767 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list