CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1430|Reply: 1

Tragedi ragut keluarga, lelaki warga emas berusia 90 tahun kayuh beca 30 tahun cari ketenangan

[Copy link]
Post time 7-4-2026 11:07 AM | Show all posts |Read mode





Kaifeng: Seorang warga emas berusia 90 tahun dari tengah China nekad mengembara dengan basikal selama puluhan tahun demi mencari ketenangan selepas kehilangan seluruh ahli keluarganya, lapor South China Morning Post.

Zhang Zhongyi yang berasal dari wilayah Henan masih kelihatan cerdas, petah berbicara dan mudah tersenyum walaupun sudah mencapai usia lanjut.

Kisahnya mendapat perhatian seluruh negara selepas seorang wanita, Bai Xiaobai menemuinya di Putian, tenggara wilayah Fujian lalu berhenti untuk membantunya menolak beca.

Dalam perbualan mereka, Zhang berkongsi tragedi menyayat hati yang mengubah kehidupannya pada 1990-an.

Ketika itu, anak lelaki, menantu dan cucu lelakinya yang berusia lapan tahun terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis.

Isterinya yang dilanda kesedihan mendalam meninggal dunia akibat penyakit pada tahun berikutnya.

Selepas kehilangan seluruh keluarga dalam tempoh dua tahun, Zhang meninggalkan rumah dan memulakan kehidupan merantau tanpa arah.

Basikalnya kemudian digantikan dengan beca dan selama hampir tiga dekad, dia menjelajah lebuh raya merentasi gunung, tasik, gurun dan bandar.

Zhang berkata, dia memilih untuk menjauhkan diri dari kampung halamannya kerana bimbang kenangan lama akan kembali menghantui lalu memilih untuk mencari ketenangan dengan terus bergerak.

"Saya sudah melepaskan masa lalu. Kini, saya hanya ingin menghabiskan sisa hidup dengan mengembara sambal menikmati keindahan alam semula jadi," katanya.

Sepanjang pengembaraannya, Zhang bergantung kepada ihsan orang ramai dengan penduduk dan rakan penunggang basikal sering menghulurkan bantuan berupa makanan dan pakaian.

Kini, Zhang dilaporkan merancang untuk meneruskan perjalanan ke utara ke Gunung Wuyi sebelum akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke Kaifeng.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2026 12:24 PM | Show all posts
kesian...tu la dulu China tetapkan rule 1 child...dah hilang keturunan dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.094942 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list