CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1603|Reply: 2

Kapal Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz - Kedutaan Iran

[Copy link]
Post time 7-4-2026 10:40 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di sini.

"Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya.

"Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz." menurut hantaran kedutaan itu pada akaun rasminya di X.

Hantaran itu disertakan dengan gambar sebuah kapal, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka.

"Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara.

"Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan," katanya pada majlis pelancaran Kolej Vokasional Pengerang di SMK Tanjung Pengelih di Pengerang, Johor.



Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2026 08:42 PM | Show all posts
Edited by manopBKK at 7-4-2026 08:46 PM





Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
The power of gagang telefon.... Kah kah kah

RIP Makmgah Sarah82
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 01:06 PM GMT+8 , Processed in 1.373734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list