CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3696|Reply: 28

Penjawat awam digalakkan pakai batik setiap hari - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

[Copy link]
Post time 7-4-2026 10:19 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Kerajaan menggalakkan penjawat awam memakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat susulan langkah menyelaras suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ketetapan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan pegawai awam.

"Di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan setiap hari Khamis dan digalakkan dipakai pada setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat edaran kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang dimuat naik di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam.

Wan Ahmad Dahlan berkata, selain itu, Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai bertugas memakai baju korporat atau baju kerja lapangan pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas selaras dengan perenggan 13 Ceraian UP.7.2.3.

"egawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada Khamis... namun, ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketat termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius.

Langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemat, selain menjadi antara pendekatan proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2026 10:38 AM | Show all posts
X faham dengan solution yang dicadangkan ni... cadangan pakai baju batik sebab material dia sejuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tupis takleh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 12:30 PM | Show all posts
kayujaras replied at 7-4-2026 10:38 AM
X faham dengan solution yang dicadangkan ni... cadangan pakai baju batik sebab material dia sejuk ke ...

entah.. apa ke bezanya?
maybe la material dia sejuk.. n lelaki tak perlu tuck in bagai
lain2?
hmm.. baju batik ni tak lasak.. penatla nak kena handwash hari2. haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 12:38 PM | Show all posts
baguslah.. boleh bantu industri batik tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp rega batik lukis boleh tahan mahai jugak kn..yg batik printing tu tak secantik batik yg dicanting..myb beza material kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2026 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Solution yg wajar sepatutnya pakai aje pakaian berasaskan cotton atau linen.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 12:57 PM | Show all posts
Batik Butik...
Batik Tik Tok...
Batik Shopee..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2026 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju korporat panas ke? Rasa sejuk & kain nipis. Baju batik ni tengok jenis ada yang tebal, rasa panas juga.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 02:17 PM | Show all posts
Aku cadangkan pengusaha batik & kraftangan Malaysia buat design batik kontemporari yang cantik guna material yang murah. Batik lukis terlalu mahal & skema.

Sekarang ni banyak staff2 gomen pakai kemeja batik indon, sakit mata aku tengok.   

Kat shopping online yang mengaku batik Malaysia, last2 tengok design batik Indon.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 02:38 PM | Show all posts
Batik itu corak.

Panas sejuk takde kaitan dengan corak, panas di hati mungkin lah.

anyway, aku tak setuju corak batik ini dijadikan pakaian rasmi. macam tak serius.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tak habis² dgn batik rules nye. dari zaman dulu kala lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 03:05 PM | Show all posts
talapia replied at 7-4-2026 12:30 PM
entah.. apa ke bezanya?
maybe la material dia sejuk.. n lelaki tak perlu tuck in bagai
lain2?

tapi kemeja /kurung tu pun banyak je option kain yang sejuk kan... n tak la semahal Batik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 03:18 PM | Show all posts
org tgh sibuk psl minyak dia keluarkn berita psl batik..xkena ms
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju kemeja blouse tu panas sgt ke? Rasa biasa je mcm batik je pun. Isk mcm budak2 pula nak kena atur bab tu pun. Kot budak sekolah ok la sbb tertakluk pd uniform... Yg kesian ada juga sekolah masih suruh pakai uniform persatuan yg tebal2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 03:29 PM | Show all posts
eh suka ati lah nak pakai ape. jnji kemas n selesa.lg2 yg kerja site.klu nk meting yelah pakai lah kemeja or kurung..simple..a pyh nak ilit rule..malaysia very hot kot..ekon pun nk 24 darjah..ate paki singlet je kang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2026 04:37 PM | Show all posts
kain ori batik mahal yang murah2 tu, panas woi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 04:45 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-4-2026 02:38 PM
Batik itu corak.

Panas sejuk takde kaitan dengan corak, panas di hati mungkin lah.

aku juga tak setuju kalau diwajibkan staf gomen pakai hari2.. hari khamis pon aku rasa dah hilang exclusivity.

Dulu aku rajin pakai batik pegi kenduri n majlis2 rasmi.. Ye la.. batik lukis bukan murah2..
so rasa 'mahal' bila pakai baju batik ni.. sesuaila bawak pegi majlis, nampak elegan dan berkelas gituh.

tup2 jadi baju keje staf gomen di hari khamis je..
maka aku pon tidak lagi membeli baju batik untuk dibuat baju kurung..
rasa macam achik2 gomen pulak nanti. huhu..
walaupon material menentukan harga, tapi mcm takde keistimewaan sangat dah. tak nampak mewah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cadangan yang bagus

Ada elok nya juga kalau penjawat awam disuruh cuci jamban sekali bagi merancakkan ekonomi jamban
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2026 04:53 PM | Show all posts
Teruk sangat ke kalau macam acik gomen? kalau u pakai batik mahal jadi la macam bos2 acik gomen..hehe ...tujuan kenapa gomen kena pakai batik sebab nak memartabatkan industri batik...pakai murah ke mewah tergantung kepada cara u menggayakan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.104644 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list