|
View: 4258|Reply: 24
|
[Tempatan]
Sudah nasihat ayah ..Isteri Dalam Dilemma Suami Enggan Balik Kampung Sebab Bapa Mentua Tak Solat – ‘Dia Tak Jamah Makanan Keluarga Saya Kerana Anggap Dosa
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 4-4-2026 08:51 PM
Seorang wanita mendakwa suaminya enggan pulang ke kampung halamannya hanya kerana bapanya tidak menunaikan solat fardu lima waktu
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia dan adik-beradik telah berusaha menasihati bapa mereka dengan cara yang baik, namun menyedari sebagai anak mereka juga mempunyai batas dalam menegur.
Saya baru dua tahun berkahwin. Selepas berkahwin, barulah suami saya tahu bahawa ayah saya tidak menunaikan solat.
Sejak itu, dia sering marah kepada saya. Walaupun perkahwinan kami dilangsungkan menggunakan wali hakim, suami tetap enggan pulang ke kampung saya kerana isu tersebut.
Sebagai anak, saya dan adik-beradik lain sudah berusaha sedaya upaya untuk menasihati ayah. Namun, kami juga ada batas kerana dia tetap orang tua kami.
Kami pernah membelikan buku agama, berkongsi perkara berkaitan agama dan cuba mengingatkannya dengan cara yang baik.
Ada ketika ayah berubah dan solat, tetapi selepas itu kembali seperti biasa. Kami tidak mampu untuk memaksa ayah seperti mana kami mendidik anak-anak.
Dalam masa sama, wanita itu turut mendakwa suaminya yang hanya pulang ke kampung pada Hari Raya dalam tempoh singkat, malah kadangkala enggan menjamah makanan yang disediakan keluarga mentua
Kadangkala dia tidak menjamah makanan di rumah keluarga saya kerana beranggapan tidak boleh makan makanan yang disediakan oleh orang yang tidak solat dan menganggapnya berdosa.
Perkara itu membuatkan saya terasa, namun saya hanya memendam perasaan. Saya tersepit di antara dua sisi, sebagai seorang isteri dan sebagai seorang anak.
Lebih merumitkan keadaan, isu tersebut sering menjadi punca pertengkaran antara mereka sehingga menjejaskan emosi wanita berkenaan.
Setiap kali berlaku pertengkaran, suami akan mengungkit perkara yang sama. Dia mengatakan rumah tangga kami tidak diberkati kerana ayah saya tidak solat.
Hakikatnya, pergaduhan kami sering berpunca daripada sikap masing-masing, terutamanya ego dirinya yang sukar dikawal. Baginya, dia sentiasa betul.
Dalam setiap pergaduhan, saya yang perlu mengalah. Selagi saya tidak mengalah, dia akan mendiamkan diri dan memberikan layanan dingin. Situasi ini sangat memenatkan emosi saya.
Kadangkala, saya terfikir untuk berpisah kerana saya tidak mampu mengubah atau memaksa ayah saya. Demi mengelakkan pergaduhan yang berterusan, itu sahaja jalan yang saya nampak.
Sumber: Threads |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
False flag story. Next!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak cerdik lah menantu ni. Itu urusan pak mertua tu dengan Tuhan kenapa ko yang terlebih gelabah. Ko cuma perlu berkongsi dunia ni sahaja, kubur masing2 kan. Ada orang tu mak bapa kapir pun masih boleh jaga hubungan baik. God works in a mysterious way jangan terlalu yakin kamu semestinya lebih baik masa mati nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baginya, dia sentiasa betul.
Spesis bila anak meragam, isteri yg bersalah.
Rumah bersepah, isteri yg bersalah.
Kereta rosak, isteri yg bersalah.
Bonus tahunan atau increment suami x dpt, isteri yg bersalah.
Harga brg naik, isteri yg bersalah.
Narsistik dek..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_almondpecan at 5-4-2026 06:45 PM
Kalau betul cerita ni, menantu tu terlalu over sebab anak2 orang tu dah nasihatkan jadi selepas tu hal2 solat ni adalah urusan dia dengan Tuhan. Berkenaan tak jamah makanan rumah mentua yang tak solat tu lagi pelik sebab kalau dia kahwin dengan orang yang mak bapaknya bukan Islam pun takde masalah makan makanan halal yang disediakan oleh mentua bukan Islam tu. Pi kedai makan yang ada cop halal Jakim pun ada je tukang masak bukan Islam. Tukang masak Islam bukan syarat sah halal. Apa punya ajaran dan pemikiran orang macam ni? Secara peribadi, saya rasa elok berpisah saja sebab akan ada banyak lagi isu lain dalam hidup ni yang laki tu akan approach dengan pemikiran macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu pernah kawen mualaf. g rumah parent dia. cuba nak sembelih ayam tak berjaya. so makan makanan tin je dgn sayur je la. last² adik dia pun masuk islam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 5-4-2026 09:27 PM
dlm Islam disuruh jaga siratulrahim antara famili, bapak ego laki ego bini pening, bila laki sakit ka bapak sakit ka hujung2 cari anak perempuan/bini tolong padahal masa sihat depa berdua susah2kan perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bajet suci dan tawaduk sgt la,terpaling molia,
menantu x beradap,lantak mertua dia la x solat pun,sbgai menantu tunjukkan la perangai yg elok |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
biasanya jenis mcm tu pun pemahaman agama pun kurang jugak,takat menghafal tapi pemahaman xde,pastu bajet dia la termulia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam konpem diri masuk syurga dan suci gitu ... Org lain ke neraka jer semua |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
manusia mmg suka campur tangan urusan Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Acah baik je kan menantu ni, pegi kedai makan ada check orang tu solat ke? Tu antara manusia dgn Allah, tak perlu samapai mcm tu sampai tak makan
Jadi kat sini, apa dosa menantu buat mcm tu dekat bapa mertua? Tak berdosa sbb bapa tu tak solat? Jadi boleh buat macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Divorce saja dek... tidak boleh compromise sudah jadi excess bagage (emotionally)... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa orang yang pergi rumah orang lain pastu taknak makan memang biadap. Bagus ko jangan datang terus |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menantu bodoh haramjadah.... Kalau ko nk FIL ko solat, ko lah dakwah....
X payah ko nasihat, ko kerap datang dan solat jemaah dlm rumah tu, lambat laun hati org tua tu akan terbuka...
Bukan ko nak jadi terpaling semayang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
menantu kena refer surah luqman, ayat 15...
"But if they endeavor to make you associate with Me that of which you have no knowledge, do not obey them but accompany them in [this] world with appropriate kindness and follow the way of those who turn back to Me [in repentance]. Then to Me will be your return, and I will inform you about what you used to do" |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wah terpaling mulia gitu
tp ada ke org mcm ni
tak pernah jumpa lg setakat ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 6-4-2026 06:09 PM
Menantu bodoh haramjadah.... Kalau ko nk FIL ko solat, ko lah dakwah....
X payah ko nasihat, ko ker ...
Alah baru je nak komen gini dah uols komen dulu 
Patutnya menantu tu bimbing la pak mentua tu, ajak solat berjemaah, slalu balik kg dan ajak la mentua tu solat berjemaah kat surau ke masjid.ke, mana tau lama2 terbukak hati pak mentua utk terima hidayah. Bukan buat tindakan ekstrim macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 6-4-2026 08:51 PM
wah terpaling mulia gitu
tp ada ke org mcm ni
tak pernah jumpa lg setakat ni
Ada je uols. Dia belajar ilmu agama sekerat2, tu yg jadi gitu..baru dalami sikit ilmu agama, so rasa la diri tu mulia sikit dari orang lain, tambah2 pulak bila tengok orang lain tak solat ke apa, mula la jatuh hukum terus kat orang tu. Ko tak solat masuk neraka la, dosa besar la, orang tak solat ni takleh dibuat kawan la, macam2 la jatuh hukum. Dari dok jatuh hukum gitu, baik la ajak kawan tu berubah ke arah kebaikan. Ajak bimbing solat berjemaah ke, ajar cara solat ke, ajak elok2 pujuk elok2 ke, kan ke bagus gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa bukan sbb solat kot maybe ada ego dua2 bawak gaduh macam korang x puas hati dgn bapak bengis dan x mau makan semeja korang pi makan rumah jiran |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|