CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Debaran makin terasa, Buakaw gegar Stadium Titiwangsa

[Copy link]
Post time 4-4-2026 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Debaran makin terasa, Buakaw gegar Stadium Titiwangsa

April 4, 2026 @ 5:55pm





Buakaw (kanan) akan beraksi di Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 24 April ini. Foto Instagram Buakaw Banchamek.



KUALA LUMPUR: Debaran semakin dirasai menjelang Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars apabila hanya berbaki kira-kira dua minggu sebelum tirai saingan dibuka di Stadium Titiwangsa pada 24 April ini.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada kehadiran ikon muay thai dunia, Buakaw Banchamek yang dijangka menjadi tarikan utama peminat sukan tempur tempatan.

Legenda berusia 44 tahun itu bakal membuat penampilan dinanti-nantikan, sekali gus memberi peluang kepada peminat menyaksikan sendiri aksi lincah dan ketangkasannya di gelanggang.

Dalam pertarungan utama, Buakaw dijadual berdepan wakil China, Mao Gaofeng yang memiliki rekod 33 kemenangan daripada 45 pertarungan, sekali gus berpotensi memberi cabaran sengit.

Meskipun Buakaw dilihat memiliki kelebihan berdasarkan pengalaman termasuk status juara dua kali K1 World Max, pertembungan itu dijangka tetap sengit.

Selain aksi tumpuan itu, kejohanan berkenaan turut menampilkan enam lagi pertarungan melibatkan petarung dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi.

Penganjur yakin kejohanan bertaraf antarabangsa itu bukan sahaja mampu menarik kehadiran peminat, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab sukan tempur di rantau ini.

Peminat yang ingin menyaksikan aksi berkenaan masih boleh mendapatkan tiket menerusi laman web rasmi penganjur.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1529409/debaran-makin-terasa-buakaw-gegar-stadium-titiwangsa





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Netizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angle’
misszaitunNetizen Puji Fazura Cantik Setiap ‘Angl
Views : 2959 Replies : 237
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 1809 Replies : 4
Mak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secret Recipe Ini Buat Netizen Terpinga Pinga
YgBenarMak Jiran Dah Cuba.Mak Punya?Iklan Secre
Views : 894 Replies : 41
Malaysia catat kebocoran data peribadi tertinggi di Asia - Gogolook
tatodMalaysia catat kebocoran data peribadi t
Views : 40688 Replies : 2
Kenapa Google mintak pelik pelik?
AbukRokokKenapa Google mintak pelik pelik?
Views : 29192 Replies : 16
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 289000 Replies : 1556
Jenis-jenis Teman Wanita!
Van_DetteJenis-jenis Teman Wanita!
Views : 4962 Replies : 16
DUIT OH DUIT...
AyaqMeloSuamDUIT OH DUIT...
Views : 29322 Replies : 157
Korang Kenapa selfie sorang sorang
YgBenarKorang Kenapa selfie sorang sorang
Views : 11916 Replies : 53
V85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BUAT LAKI, DAPAT 2 ANAK AUTISTIC
taliaV85: HANIS HAIZI AMOUGOU SAUK BABUTAM BU
Views : 306113 Replies : 9901

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047618 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list