CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Woods atlet kedua terkaya sepanjang zaman, raih RM11.63 bilion

[Copy link]
Post time 4-4-2026 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Woods atlet kedua terkaya sepanjang zaman, raih RM11.63 bilion

April 4, 2026 @ 7:22pm





Woods berada di tangga kedua dalam senarai atlet dengan pendapatan tertinggi dalam sejarah. Foto REUTERS



LONDON: Legenda golf dunia, Tiger Woods disenaraikan sebagai atlet kedua terkaya sepanjang zaman, hanya beberapa hari selepas ditahan atas kes memandu di bawah pengaruh (DUI).

Menurut analisis terbaru penerbitan perniagaan sukan, Sportico, Woods berada di tangga kedua dalam senarai atlet dengan pendapatan tertinggi dalam sejarah.

Pemenang 15 kejuaraan utama itu dianggarkan meraih pendapatan keseluruhan sebanyak 2.18 bilion pound (RM11.63 bilion) selepas diselaraskan dengan inflasi sepanjang kariernya yang menjangkau tiga dekad.

Daripada jumlah itu, lebih AS$100 juta (RM403 juta) diperoleh menerusi kemenangan pertandingan, termasuk rekod 82 kejuaraan Jelajah PGA, namun sebahagian besar kekayaannya datang daripada kontrak penajaan bersama jenama terkenal seperti Nike, Gatorade, American Express dan Rolex.

Tempat teratas senarai itu menjadi milik ikon bola keranjang, Michael Jordan dengan anggaran pendapatan 3.41 bilion pound (RM18.20 bilion), didorong kontrak lumayan bersama Nike menerusi jenama Jordan yang kini berkembang menjadi empayar pakaian sukan.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tangga ketiga dengan 1.91 bilion pound (RM10.19 bilion), diikuti legenda bola keranjang LeBron James di tempat keempat 1.54 billion pound (RM8.22 bilion).

Lionel Messi pula berada di kedudukan kelima dengan 1.51 bilion (RM8.06 bilion).

Dua lagi legenda golf, Arnold Palmer dan Jack Nicklaus masing-masing menghuni tangga keenam dan ketujuh.

Bekas bintang England, David Beckham muncul satu-satunya wakil Britain dalam kelompok 10 teratas dengan 1.27 bilion pound (RM6.78 bilion), diikuti bintang tenis Roger Federer.

Senarai 10 terbaik itu dilengkapkan oleh peninju terkenal, Floyd Mayweather dengan 1.19 bilion (RM6.35 bilion).

Kedudukan Woods dalam senarai itu sekali lagi membuktikan pengaruh dan nilai komersialnya yang luar biasa, meskipun kariernya sering dibayangi pelbagai kontroversi di luar gelanggang. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1529439/woods-atlet-kedua-terkaya-sepanjang-zaman-raih-rm1163-bilion





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.497925 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list