CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Iran tak sertai Piala Dunia Berbasikal Trek di Nilai

[Copy link]
Post time 4-4-2026 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Iran tak sertai Piala Dunia Berbasikal Trek di Nilai

Oleh Sukhairi Thani - April 4, 2026 @ 2:50pm




Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Amarjit Singh Gill ketika sidang media khas Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Kuala Lumpur. NSTP/ AHMAD UKASYAH



KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal Iran tidak akan menyertai siri terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 yang dijadual berlangsung di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan, dari 24 hingga 26 April ini.

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill yang memaklumkan situasi konflik di Iran menyukarkan pasukan negara itu untuk ke Malaysia.

Beliau berkata, keadaan semasa di Iran yang tegang menjadikan pergerakan keluar atlet dan pegawai mereka hampir mustahil, selain komunikasi juga terbatas.

"Saya sudah berbincang dengan presiden persatuan berbasikal Iran, namun beliau memaklumkan ia sesuatu yang sukar.

Dalam keadaan sekarang, memang mustahil untuk mereka datang.

"Apa yang penting, mereka berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Saya juga sentiasa berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media menjelang kejohanan itu, hari ini.

Piala Dunia Trek 2026 di Nilai menjadi penutup tirai selepas dua pusingan terdahulu berlangsung di Perth, Australia dari 6 hingga 8 Mac lalu, serta Hong Kong dari 17 hingga 19 April ini.

Dalam pada itu, Amarjit berkata, edisi kali ini mencatat penyertaan memberangsangkan apabila 46 negara mengesahkan penyertaan, sekali gus menjadi jumlah tertinggi bagi tiga siri penganjuran.

Ia juga menandakan kepulangan Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan berprestij itu selepas kali terakhir menganjurkannya 25 tahun lalu.

Mengulas lanjut, Amarjit yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berkata, pihaknya bersedia membantu pembangunan semula sukan berbasikal Iran sebaik konflik berakhir.

"ACC sudah berbincang untuk menyalurkan bantuan kepada Persekutuan berbasikal Iran, namun jumlahnya tidak didedahkan.

"Kita juga akan membawa perkara ini kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi mendapatkan sokongan tambahan.

Namun, bantuan hanya akan disalurkan selepas keadaan kembali stabil bagi memastikan ia digunakan secara efektif," katanya.

Sementara itu, mengenai perkembangan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, beliau berkata kertas kerja penganjuran kejohanan itu dijadual dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada 8 April ini.

"Kami berharap ia akan mendapat kelulusan," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/04/1529376/iran-tak-sertai-piala-dunia-berbasikal-trek-di-nilai





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.074966 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list