CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 174|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Piala Malaysia: JDT kini hampiri pentas final

[Copy link]
Post time 3-4-2026 11:44 PM | Show all posts |Read mode
BERGSON (kanan) cemerlang meletakkan JDT di depan seawal minit kelima pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON





Piala Malaysia: JDT kini hampiri pentas final



  • Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD
  • 3 April 2026, 10:49 pm


Share on facebook





KUALA LUMPUR – Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) makin hampir untuk melangkah ke perlawanan akhir apabila menang selesa 4-0 ke atas Kuala Lumpur City pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pada perlawanan kali ini, bintang import, Age Aketxe menjadi pamain paling menyinar buat Harimau Selatan apabila menyumbangkan dua gol.

Terdahulu, JDT berjaya memulakan perlawanan dengan baik apabila membuka jaringan seawal minit kelima menerusi bintang sensasinya, Bergson Da Silva yang tenang menyempurnakan umpanan Afiq Fazail.

Memasuki minit ke-31, skuad kendalian Xisco Munoz makin selesa, kali ini giliran Aketxe merobek gawang tuan rumah sekali gus beri kelebihan dua gol sepanjang 45 minit pertama.

Kira-kira 14 minit selepas aksi bersambung, pelawat terus menambah jaringan menerusi ledakan Oscar Aribas pada minit ke-59.

JDT berjaya merobek gawang lawan buat kali keempat pada minit ke-78 sebaliknya jaringan Nacho Mendez dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan Eddy Israfilov.

Enam minit selepas itu, Aketxe berjaya menebus kekecewaan kem JDT apabila meledak gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini sekali gus membolehkan Harimau Selatan memiliki bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.

Untuk rekod JDT pernah beraksi di pentas akhir Piala Malaysia sebanyak tujuh kali pada musim 2014, 2017, 2019, 2021, 2022, 2023 dan 2024/25 dengan Harimau Selatang menjulang trofi berprestij itu lima kali (2017, 2019, 2022, 2023, 2024/25). – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/04/03/piala-malaysia-jdt-kini-hampiri-pentas-final/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2026 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list