CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 243|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Everton rancang naik taraf stadium baharu

[Copy link]
Post time 3-4-2026 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Everton rancang naik taraf stadium baharu

April 3, 2026 @ 12:28pm





Stadium Hill Dickinson di Liverpool milik kelab Liga Perdana Inggeris, Everton. – Foto REUTERS



LONDON: Everton merancang rombakan besar terhadap stadium baharu mereka, Hill Dickinson selepas mengharungi tahun pertama yang berjaya.

The Toffees meninggalkan Goodison Park pada Mei lalu selepas 132 tahun untuk berpindah ke gelanggang moden itu, manakala stadium lama kini digunakan oleh skuad wanita.

Kelab dari Merseyside itu sedang melalui transformasi menyeluruh di bawah pemilikan baharu The Friedkin Group serta bimbingan pengurus David Moyes yang dilihat berpotensi membawa pasukan kembali ke pentas Eropah.

Namun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak berhenti setakat itu apabila merancang beberapa penambahbaikan tambahan di Hill Dickinson.

Menurut laporan, kawasan plaza penyokong akan diubah menjadi venue terbuka berkapasiti 15,000 penonton untuk konsert dan festival muzik.

Everton ketika ini memiliki lesen untuk menganjurkan enam konsert di dalam stadium dan berharap dapat meningkatkan jumlah itu kepada 10.

Kelab itu juga menyasarkan untuk menambah kemudahan hospitaliti serta fasiliti riadah bagi meningkatkan pengalaman penyokong.

Pengurusan Everton turut merancang untuk membina tugu beberapa legenda kelab di sekitar stadium.

Antara yang bakal diabadikan termasuk Dixie Dean dan Howard Kendall.

Pada masa sama, Everton bertekad memperkukuh skuad kendalian Moyes menjelang musim depan.

Ia termasuk mendapatkan pemain berprofil tinggi seperti yang dilakukan sebelum ini menerusi kehadiran Jack Grealish dan Kiernan Dewsbury-Hall.

Dewsbury-Hall menyertai Everton dari Chelsea dengan nilai perpindahan £28 juta (kira-kira RM149.2 juta).

Grealish pula menyertai secara pinjaman dari Manchester City dan terdapat keyakinan dia akan terus kekal sama ada secara pinjaman baharu atau perpindahan tetap. – AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/04/1528908/everton-rancang-naik-taraf-stadium-baharu





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.419112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list