CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Ridzuan Puzi tamatkan karier gemilang olahraga para negara

[Copy link]
Post time 3-4-2026 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Ridzuan Puzi tamatkan karier gemilang olahraga para negara

Oleh Alief Iqbal Saidin - April 3, 2026 @ 12:44pm





Dek Wan bersama pingat dimenanginya pada Sukan Para Asia 2018 sambil mencipta rekod dunia dalam acara 100m T36. - Foto FB Ridzuan Puzi



KUALA LUMPUR: Legenda olahraga para negara, Ridzuan Puzi menutup tirai karier gemilangnya selepas lebih sedekad mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Juara Sukan Paralimpik Rio 2016 itu mengesahkan persaraannya kelmarin yang menandakan berakhirnya era seorang pelari pecut yang pernah mencipta sejarah dalam sukan olahraga negara.

Ridzuan, 38, yang lebih dikenali sebagai Dek Wan, mencatat nama dalam sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara olahraga di Sukan Paralimpik Rio menerusi acara 100 meter (m) T36.

Kejayaan itu bukan sahaja mengangkat martabat olahraga para negara, malah membuka mata dunia terhadap kemampuan atlet Malaysia dalam sukan berprestasi tinggi.

Dilahirkan di Padang Besar, Perlis, Ridzuan disahkan menghidap cerebral palsy sejak kecil, namun kekangan fizikal itu tidak menghalangnya untuk mengejar impian dalam sukan olahraga.

Beliau mula mencipta nama di pentas antarabangsa selepas membuat penampilan sulung pada Sukan Para ASEAN 2011 sebelum terus melonjak sebagai antara pelari pecut terbaik dunia.

Prestasi cemerlangnya diteruskan apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2015, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai atlet elit dalam kategori T36.

Kemuncak prestasinya turut disaksikan pada Sukan Para Asia 2018 apabila beliau meraih beberapa pingat emas termasuk mencipta rekod dunia dalam acara 100m T36, satu pencapaian yang sukar ditandingi.

Sepanjang kariernya, Ridzuan bukan sahaja menghadiahkan kejayaan kepada negara, malah menjadi inspirasi kepada generasi atlet para baharu untuk terus berjuang tanpa mengenal batas kekurangan fizikal.

Persaraan beliau menutup satu era gemilang dalam olahraga para Malaysia, namun legasi yang ditinggalkan dijangka terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan para negara pada masa hadapan.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2026/04/1528916/ridzuan-puzi-tamatkan-karier-gemilang-olahraga-para-negara






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.501099 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list