CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 205|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Ranking FIFA: Malaysia jatuh 17 anak tangga ke kedudukan 138 dunia

[Copy link]
Post time 2-4-2026 02:07 AM | Show all posts |Read mode
Ranking FIFA: Malaysia jatuh 17 anak tangga ke kedudukan 138 dunia

01 April 2026 11:13pm










KEDUDUKAN Malaysia menjunam daripada tangga ke-121 ke tangga ke-138 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kemas kini terbaharu hari ini, Harimau Malaya yang mengumpul 1,086.22 mata keseluruhan jatuh 17 anak tangga susulan kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027, semalam.


Kejatuhan mendadak itu turut dipengaruhi keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan dua perlawanan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan berdepan Nepal dan Vietnam sebelum ini.

Berdasarkan keputusan asal, Malaysia menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac tahun lepas, selain membelasah Vietnam 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 10 Jun tahun lepas.


Bagaimanapun, pada 17 Mac lepas, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC memutuskan Malaysia diisytiharkan kalah 0-3 bagi kedua-dua perlawanan berkenaan selepas Harimau Malaya didapati menurunkan pemain tidak layak.

Tindakan itu dibuat susulan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain Harimau Malaya, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/773856/berita/sukan/ranking-fifa-malaysia-jatuh-17-anak-tangga-ke-kedudukan-138-dunia


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.924953 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list